” Kenapa lagu Alif Satar ‘Oh baby baby jangan kau mar4h, sebab ku tolak’.. “

” Dia reject perempuan tu tapi dia panggil baby. Haaa ni lah lelaki.. ” – Ini Respon Alif Satar, Memang Win Habisss !!

Siapa tidak kenal Alif Satar yang popular di kalangan peminat industri hiburan di Malaysia, bukan sahaja mempunyai suara yang sedap, malah bakatnya sebagai pelakon dan pengacara juga jadi pujian netizen. Alif juga sangat disenangi peminat kerana bersikap rendah diri, ramah dan karakternya yang kelakar.

Alif Satar atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar menguak pintu industri seni hiburan tempatan apabila meraih tempat ketiga dalam program nyanyian One In A Million (OIAM) musim pertama ketika berusia 16 tahun. Mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hati bernama Shadila Halid pada 15 September 2014 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Selain aktif menyanyi dan berlakon, jejaka kelahiran Kuala Lumpur ini berbakat besar dalam dunia pengacaraan di mana beliau diberikan kepercayaan untuk mengendalikan beberapa acara berskala besar seperti Anugerah Skrin (ASK) 2016, Big Stage dan banyak lagi.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Alif ada memuat naik satu soalan yang ditanya mengenai oleh netizen mengenai larik lagu beliau bertajuk ‘Lelaki Seperti Aku’ kerana lirik tersebut membayangkan seorang lelaki telah menolak cinta wanita tersebut, tetapi masih memanggil dengan panggilan ‘baby’.

Ikuti perkongsian dari Alif Satar dan respon beliau mengenai perkongsian netizen itu di bawah :

” Dah perempuan tu nama dia Baby, nak buat macam mana.. “

Rata-rata netizen terhibur dengan jawapan yang sangat winn oleh Alif Satar itu. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Sokong !!! Haaaa tep0kkkk .. “

” Dah kenapa lak baca ayat ni sambil nyanyi pulak nii .. “

” Baby binti apa abg Alep .. “

” Biasa ni laki nama Alif ni. Nak kena bab4p ni hahahha .. “

” Haaahahaha… kelakarr betul .. “

” Adoi.. Terhibur aku petang ni.. “

” Lol sblm ni banyak kali dengar tak terfikir sampai ke situ, kalau dah namanya perempuan mmg tak boleh jangka apa yg ada dalam kepala dia hahaha.. “

Adoiii !! Tak terfikir pun kalau memang sebenarnya nama perempuan tu baby. Hahaha !! Memang Winn betul jawapan Alif Satar. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Alif Satar sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Alif Satar by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..