” Kenapa korang buang dia ek ? Pada aku dia ok what, better dari ko Shuib.. “

Terima Komen Negatif Daripada Netizen Setelah Kongsi Gambar Pernikahan Mamat Sepah, Tak Sangka Ini Respon Shuib Sepahtu. Memang Makan Dalam !!

Peminat dunia seni pastinya kenal pelawak berkumpulan Sepah. Dianggotai oleh Jep, Shuib dan Mamat. Mereka mula menubuhkan kumpulan Sepah ketika menyertai rancangan realiti Raja Lawak. Mereka juga merupakan juara Maharaja Lawak 2011.

Kepopulariti mereka semakin menyerlah dengan rancangan komedi Bujang Sepah Lalalitamplom. Terdahulu, Jep dan Mamat adalah kawan sekolah dan sudah lama berkawan. Manakala Jep dan Shuib mula berkawan ketika sesi ujibakat AF4.

Ketiga-tiga anak muda ini semuanya berasal dari Johor. Ketika mahu menceburkan diri di dalam bidang hiburan tanahair, baik Jep, Shuib mahupun Mamat semuanya mempunyai minat dalam bidang muzik namun arah seni mereka berubah apabila wajah kacak menjadi faktor utama untuk menjadi seorang penyanyi.

Mereka mencuba nasib di pertandingan Raja Lawak musim ke 3 dan siapa sangka percaturan mereka membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai juara. Namun kumpulan ini akhirnya berpec4h pada 2011 kerana hal yang tidak dapat dielakkan dan di situ tertubuhnya Sepahtu yang dianggotai oleh Jep dan Shuib.

Menerusi akaun Instagram, Shuib telah berkongsikan sekeping gambar Mamat dengan ucapan selamat pengantin baru. Beliau yang tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Mamat kerana tuntutan kerja memohon kemaafan kerana tidak dapat bersama-sama meraikan pengantin baru ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

Namun lain jadinya apabila salah seorang netizen melemp4rkan komen yang kurang enak dibaca dan mendapat respon dari Shuib.

Rata-rata netizen menyokong dan suka dengan respon yang diberikan Shuib. Antara komen-komen netizen :

” Pandai-pandai je mana kau tahu shuib tak layan mamat ? Kau satu rumah dgn Shuib ke.. “

” Kahkahkah power bang. Setepek kena kat muka dia.. “

” Padu Ibbb.. “

” Mantul Ib… Sekolah kan orang yang tak sekolah ni ib.. Hahah… Dia tak tahu sejarah sepah tu.. Hahahaha.. Steady.. “

” Paduuuu bang.. “

Macam-macam pandangan dan persepsi orang sekeliling ni, moga Shuib terus bersab4r. Tiada siapa lebih tahu hubungan erat mereka kecuali Shuib, Mamat dan Jep sendiri. Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah kepada Mamat dan selamat pengantin baru. Moga berbahagia selalu dan berkekalan hingga ke jannah. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Shuib Sepahtu, IG Mamat Sepah by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..