” Kemain Mak Leha, Mak leha legend woh pandai nyanyi.. ” – Netizen

Video Liza Abdullah Menyanyi Lagu Mendung Tak Bererti Hujan Sambil Diiringi Petikan Gitar Shukri Yahaya Dan Ditemani Oleh Wan Sharmila dan Bil Azali. Wahhhh Hebat Mak Leha Menyanyi, Kelasss Suara Tu !!

Hari Isnin ini kita bakal menyaksikan episod akhir drama rantaian hebat, 7 Hari Mencintaiku 2 yang bersiaran di TV3 pada jam 7.00 – 8.00 malam. Drama yang diadaptasi oleh sebuah novel hasil karya Siti Rozmizah ini menjadi fen0mena dan meraih banyak tontonan.

Watak Mak Leha dan Pak Samad lakonan Liza Abdullah dan juga Kazar turut mendapat perhatian ramai. Penghayatan watak yang dilakonkan oleh dua pelakon ini turut men1nggalkan kesan di hati penonton sehingga ada yang berem0si menonton drama ini.

Hasil tinjauan terbaru kami di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan video Liza sedang menyanyi lagu Mendung Tak Bererti Hujan nyanyian asal Deddy Dores & Ella sambil diiringi oleh petikan gitar Shukri Yahaya dan ditemani oleh Wan Sharmila dan Bil Azali.

Nyanyian Liza yang mantap mendapat pujian netizen yang memuji kemerduan suaranya. Jangan tak tahu, Liza merupakan penyanyi lagu Samarenda berduet dengan Renggo Arrow dan lagu Mar4h-Mar4h Sayang bersama beberapa penyanyi yang lain. Wahhh hebat Mak Leha !!

(Kl1k butang KANAN > untuk menonton video seterusnya.. )

Wahhh hebat suara Mak Leha kita ni, terbuai-buai dengar Liza menyanyi. Antara komen-komen netizen :

” Sedapnya suara Mak Leha.. Mak leha mmg bole nyanyi.. Teringat lagu2 mar4h sayang.. “

” Suara mak leha memang sedap. ce dengar lagu samarenda.. “

” Kemain mak leha.. Terus ingt cite dia dolu2 mar4h2 sayang.. “

” Suara Mak Leha kelassss lah.. Sama macam suara penyanyi Liza Abdullah.. “

” Zaman muda2 mak leha Kan penyanyi, menyanyi dlam program mekar sejambak.. “

” Samarenda skali mak leha.. Lama xdengar lagu tu. Hebatlah mak leha.. “

” Pa kah tajuk lagu nie.. suka dgr mak leha menyanyi lagu nie.. Mak leha legend woh pandai nyanyi.. “

Wahhh tak sangka Liza pandai menyanyi, terbaik lah Mak Leha. Harap ada lagi video-video nyanyian Liza selepas ini, seronok untuk didengari. Sama-sama kita nantikan episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 2 esok. All the best untuk semua pelakon, pengarah dan krew-krew yang terlibat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Youtube Amynawari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..