” Kedai biasa je, bahagia jugak. Humble sangat Fasha ni.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Gambar Membeli Barangan Bayi Bersama Aidil Aziz, Namun Kedai Pilihan Mereka Itu Jadi Perhatian. Sikap Fasha Yang Humble Buat Ramai Yang Kagum !!

Umum mengetahui Fasha Sandha kini sedang sarat hamil anak pertamanya bersama aktor Aidil Aziz. Mereka berkahwin pada 2019 dan sebelum ini Fasha pernah mengalami kegug0ran. Fasha juga mempunyai 2 orang anak hasil perkahwinan terdahulunya bernama Rayfal dan Jemaima.

Sering berkongsikan kisah mereka sekeluarga di Instagram, kehidupan Fasha kini nampak bahagia dan ceria. Anak-anaknya juga akrab dan manja dengan Aidil. Manakan tidak, Aidil melayani semua permintaan dan kerenah Rayfal dan Jemaima.

Hubungan Fasha dengan keluarga Aidil juga seronok ditonton. Lihat sahaja apabila mereka berkumpul, meriah dan gamat dengan gelak tawa. Sekalipun sudah berpis4h dengan Jejai, mereka masih berkawan dan Jejai juga pasti ada pada setiap majlis keraian yang dibuat untuk anak-anak mereka.

Menerusi akaun Instagram Fasha Sandha, telah dikongsikan sekeping gambarnya bersama Aidil sedang membeli barangan bayi. Fasha yang sedang menghitung hari bakal bersalin bila-bila masa sahaja. Apa yang menjadi tumpuan adalah kedai mereka membeli barangan itu. Tengok tag harga bukan butik mewah ni.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Excited but nervous, Normal kan? 😭

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Perkongsian Fasha ini menarik perhatian netizen apatah lagi dengan persekitaran kedai itu. Antara komen-komen mereka :

” Kedai biasa je, takyah Happikido pon, bahagia jugak.. “

” Mcm butik Manjaku jer. Humble sgt Fasha ni.. “

” Fasha memang berjimat orangnya walaupun dia lebih dari mampu.. “

” Kalau artis lain paling tidak mesti Happikido ajeeee. Ni lek je shopping Manjaku mcm kita kita.. “

” Alhamdulillah cantik sgt Fasha berhijab. Semoga terus kekal istiqamah.. Aminnn.. “

” Comeyyy nye kak fashaaa cantikkkk ,i love u sis.. “

Tak kisahlah anak ke berapa pun debaran tu pasti akan ada. Kedai mana pun, ada brand atau tidak bukan penanda aras bahagia atau pun tidak. Apa pun, Fasha memang jenis merendah diri. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Fasha untuk bersalin nanti dipermudahkan dan dapat melahirkan bayi dengan mudah dan selamat. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..