” Pekat Sabahan mereka ye Dato’, seronok dengar.. ” – Netizen

Dato’ Eizlan Yusof Kongsi Video Anaknya Membuat Surprise. Part Anaknya Bercakap Loghat Sabahan Mencuit Hati Netizen. Uiina, Bertambah Lagi Cute Nya Sana !!

Menerusi posting terbaru di laman Instagram, Dato’ Eizlan Yusof telah memuatnaik sebuah video. Video tersebut memaparkan beliau bersama anak-anaknya di dalam kereta. Tiba-tiba anaknya Vie Zaara mengeluarkan hadiah, lalu menghulurkannya kepada ayahnya. Difahamkan di dalam kotak tersebut adalah minyak wangi.

Pemberian tersebut adalah berupa hadiah sempena sambutan hari bapa. Saat paling menarik apabila Dato’ membuka matanya setelah diminta oleh anaknya memejamkan mata seketika sebelum menghulurkan hadiah. Sebaik sahaja mata dibuka, Dato’ Eizlan sangat gembira.

Beliau sangat tidak menyangka anak-anaknya kan membuat surprise untuknya. Kelihatan Dato’ Eizlan Yusof seperti ingin menang1s kerana sangat terharu. Namun begitu, beliau masih dapat menyembunyikannya perasaannya itu. Beruntungnya Dato’ Eizlan kan dapat anak-anak yang penyayang.

Daripada riak wajah Dato’ sudah dapat membayangkan betapa bahagianya Dato’ menerima pemberian daripada anak-anaknya itu. Kesemua anak-anak Dato’ turut merasa gembira. Alahai seronok sungguh apabila mendengar mereka bercakap sesama mereka dalam slang Sabah.  Comel sangat bunyinya !!

Jom tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, netizen memuji kecomelan anak-anak Dato’ Eizlan Yusof dan turut merasa gembira melihat kebahagiaan dan kemesraan Dato’ bersama anak-anaknya. Ini antara komen-komen mereka :

” Cantik2 dan hensem anak2 dato ni, gerigitan sia tgk, dgn loghat sabahan dorg lg, uinaa, bertambah lg cutenya sana.. “

” Cute oo kamurang, waaa Dato pun campen sudaa oo ckp loghat sabah.. “

“Alhamdulillah, Tanggungjawab seorang ayah biar berjauhan tetap dilaksanakan. Terbaik Dato.. “

” DS Terbaiekkkk, ank2 ada lh harta DS. Alhamdulillahh DS. wow Best nyerr dpt present dr ank kesanyanga, happy father day.. “

” Auww kakak cantek abg engsom baby jaya tatap cute, Pekat sabahan mereka ye dato.. “

” Cantik2 ank2 DS, bertuah yerrr. Keluarga bahagia bersame2 ank2 kesanyangan.. “

” Jaya bamb4m comel ! Kak so pretty and ayeep handsome.. “

” Eizlan Yusof you have beautiful children Dato Sri. May Allah bless you and your family with good health always.. “

” Lama tak nampak budak budak tu, memang bahasa Sabah mereka pakat sangat.. “

Alahai, sweet sangat anak-anak Dato’ Eizlan Yusof ni kan. Beruntunglah Dato’, sudahlah semua comel-comel dan pandai pulak tu mengambil hati ayah mereka. Beruntung Dato’. Kami mendoakan semoga Dato’ sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah selalu. InshaAllah..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dato’ Eizlan Yusof

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..