” Kat mana ada jual ubat kebas pipi ye.. ” – Ajak Shiro
Video Ajak Shiro Menanyakan Sesuatu Kepada Anaknya, Nada Sofea. Jawapan Nada Buat Ajak Terkedu Dan Insaf Terus. Terbaiklah Nada, You Are Win !!
Mohd Hanaffi bin Razak atau lebih dikenali sebagai Ajak Shiro, merupakan pelawak Malaysia yang dicungkil menerusi program Raja Lawak 6. Beliau berganding bersama dengan Shahrol Shiro lalu membentuk sebuah kumpulan yang diberi nama Shiro.
Kini Ajak mengendalikan rancangan pagi di stesen radio Suria FM sebagai penyampai di segmen Team Suria Pagi menerusi gandingan Issey Fadzlisham dan Fizi Ali. Sebelum ini beliau pernah menjadi pengacara bagi rancangan Melodi.
Bercerita mengenaiĀ kehidupannya pula, Ajak Shiro telah berkahwin dengan Nor Afiffah Binti Amin. Hasil pekahwinan beliau telah dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Mohd Jad Thaqif (10), Mohd Had Thaqif (7), dan Nada Sofea (5). Comel-comel belaka anak-anak Ajak ni !!
Tinjauan di laman Instagram miliknya, Ajak telah memuatnaik sebuah video. Video tersebut memaparkan Ajak bersama dengan anaknya, Nada Sofea berbual-bual bersama. Ajak yang memulakan perbualan meluahkan rasa kasihan kepada anaknya itu kerana tidak dapat meluangkan banyak perkara untuk dilakukan bersama anaknya itu.
Apa yang menarik dalam video tersebut adalah, ketika Ajak menanyakan soalan kepada Nada. Namun begitu Nada dengan secara spontan terus memberi jawapan kepada ayahnya itu. Ajak yang mendengar jawapan daripada Nada terus tergamam dan kelu tidak mampu berkata apa-apa lagi.
Sedikit sedutan video tersebut di bawah ini :
Ajak : ” Kesian Nada kan Nada.. dah lama Baba tak bawa Nada keluar jalan-jalan kan ?
Ajak : ” Apa lagi benda yang dah lama Baba tak buat ehh Nada ? “
Nada : ” Dah lama Baba tak solat dengan Nada.. “
Ajak : ” Kat mana ada jual ubat keb4s pipi ? Macam kena tampo rase.. “
Jom tonton video tersebut di bawah ini. Tonton sampai habis ye, yang hujung-hujung tu korang mesti tergamam sekali.. hehe..
Menjengah ke ruangan komen dalam posting tersebut, ramai netizen menyatakan jawapan yang diberikan oleh Nada kepada Ajak sangat padu. Ini antara komen-komen tersebut :
” Padu ayat ank sekali jawab, hahaha Kes1an nada kan.. sen4k kalbu.. “
” Hahaha ambil kau hehehehe taj4m taj4m.. honest laa nada ni.. “
” Kalau nak kasi keb4s tamp4r skali lagi abg ajak shiro setepekkkkkk.. “
” Insaf terus.. Hahaha kan baba dah lama tak solat dengan nada.. “
” Allahuakhbar.. Tbaiklah anak.. Dunia belaka baba dia sebut, anak minta bekalan akhirat ye.. “
Terbaiklah Nada !! Baba Nada mesti teringat-ingat apa yang Nada cakapkan tu. Semoga Nada akan menjadi anak yang solehah penyejuk hati ayah dan ibu. Terus maju jaya Nada !!
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Ajak Shiro
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..