” Kami bantai gelakkk hampaa. Tengah malam depa 2 beranak ni buat perangai.. “
Almy Nadia Kongsi Video Gelagat Fizz Fairuz Bersama Anak Mereka. Part Bila Si Bapak Buat Muka Tu Paling Kelakar Habis.. Haha !!
Fizz atau nama penuhnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 40 dan Almy atau nama sebenarnya Ungku Almy Nadia Ungku Aminuddin Shah telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Afrina Arianna, 5, Nur Afrina Aurora, 4, dan Nur Afrina Ayra yang kini berusia 2 tahun, selain anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.
Baru-baru ini, ketika 2019 menanti detik untuk berlabuh, Fizz , berkongsi berita gembira bahawa bakal menimang cahaya mata keempat apabila memaklumkan, isterinya, Almy kini hamil sembilan minggu. Berita gembira itu dikongsikan oleh Fizz menerusi akaun instagram miliknya.
Fizz mula berkecimpung dalam bidang seni sebagai pelakon lagak nger1 dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diasah menjadi pelakon terkenal dan membintangi filem pertamanya, Castello arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor yang ditayangkan pada 5 Januari 2006. Drama pertama lakonan Fizz ialah Dua Hati yang dibintangi oleh Linda Rafar dan Jue Aziz.
Menerusi akaun instagram milik Almy Nadia, beliau telah berkongsi satu video yang merakamkan Fizz bersama anak sulungnya. Almy turut berkata, beliau bersama anak-anak menemani fizz yang sedang menjalankan penggambaran kerana bimbang Fizz keseorangan ketika memandu untuk pulang.
Ikuti perkongsian Almy di bawah ini :
” Kami bantai gelakkk hampaa.. Smlm punya cerita ni,tgh malam depa 2 beranak ni buat perangai.. Kami anak beranak ikut n teman papa g work sbb sian papa balik drive sorang2 jauh pulak tu jalan gelap.. kami teman.. Tp 2 beranak ni buat perangai.. @fizzfairuzofficial.. “
Rata-rata peminat terhibur melihat video Fizz bersama anaknya yang telah dikongsikan oleh Almy itu. Antara komen-komen tersebut :
” Tarik blackhead ka wak g2.. Hahaha.. “
” Kakak nak pelukk xnk lepas.. Ger4mmm.. “
” Suka tgk korg Dr zaman blm kawin smp skrg tau.. “
” Muka papa dia tu, redha sgt.. “
” Ger4m tang perut dia.. “
” Comellll tau dia ni.. “
” Kesian woris koi nie… Hahaha .. “
” Comelllllnya kakak.. “
Hahahaha !! Admin tengok pun tak larat nak ketawa, muka Fizz tu paling kelakar, muka pasr4h sahaja bila kena bul1 dengan anak. Kasih seorang bapa terserlah apabila melihat Fizz layankan sahaja kerenah anaknya itu. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Fizz sekeluarga sentiasa bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Amin.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Almy Nadia, Fizz Fairuz by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..