” Biasa suap-suap ni scene dalam kereta. But this one memang rare.. “

Ben Amir Kongsi Video Makan Sate Sambil Menunggang Motosikal Bersama Mimi Lana Buat Netizen Terhibur. Nasib Baik Tak Tercuc0k Lidi Sate !!

Pelakon yang mula meningkat popularitinya iaitu Muhammad Amir Sabaruddin atau lebih dikenali sebagai Ben Amir. Selain sebagai pelakon, beliau juga merupakan seorang model Malaysia. Ben pernah menyertai program Hero Remaja 2011/2012.

Antara finalis lain yang turut bersama dengannya di dalam Hero Remaja 2011/2012 ialah Fattah Amin, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Hafreez Adam, Fendy Bakry, dan Saharul Ridzwan. Kesemua mereka turut mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem.

Ben pernah berlakon di dalam drama  Playb0y Itu Suami Aku, Suri Hati Mr. Pilot, Sweet Dreams  dan Cinta Tiada Ganti. Popularitinya meningkat naik sejak beliau membintangi drama Sweet Dreams. Ben juga turut berlakon di dalam sitkom Spanar Jaya X yang bersiaran di TV3 pada 2 Februari hingga 27 April 2019.

Menerusi akaun Instagram, Ben Amir berkongsi salah satu babak untuk drama lakonannya bersama Mimi Lana iaitu Chandelier. Babak di mana Ben disuapkan sate oleh Mimi ketika sedang menunggang motosikal begitu menarik perhatian netizen.

Tonton video di bawah :

If she no feed you, she no love you. Riteee girls ? “

Rata-rata netizen merasa terhibur melihat babak ini kerana bagi mereka babak sweet begini memang lain dari yang lain. Antara komen-komen mereka :

” Over ek siap mkn satay atas moto… Nasib baek x vangey.. “

” Brsungguh btuii mkn tu.. “

” Hahahaha sweet yang rare lah. Hati2 kang tercuc0k pulak batang satay tu.. “

” Klu terbreak m4ti tercoc0k sate.. “

” Hahaha lawak seh lapar sgt tu gayanya. jalan2 yg diowg shooting ni area greetown Ipoh mmg tempat permainan aku je ni.. “

” Biasa suap2 ni scene dalam kereta. But this one mmg rare.. “

” Suwiittt.. hati2 tercocok lidi karang .. “

Memang betul rare babak ini. Tak sabar rasanya menanti drama ini bersiaran di kaca televisyen. Kalau anda perasan, mereka menunggang motosikal di atas sebuah kenderaan lain. Semoga Ben Amir terus maju dan berjaya dalam bidang hiburan Malaysia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ben Amir by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..