” Kalah hero-hero yang pernah ganding dengan diaa.. Ala-ala aktor Bollywood Arjun Rampal.. “

Farah Nabilah Kongsikan Gambar Shooting Bersama Bakal Suami Namun Kekacakannya Buat Peminat Terkedu. Handsome Sangat Ni !!

Nama pelakon Farah Nabilah bin Saipuddin mula dikenali setelah lakonan hebat gandingannya bersama Zul Ariffin didalam drama Titian Cinta. Gadis kelahiran Kuala Lumpur ini dilahirkan pada tanggal 10 Mac 1992. Merupakan anak sulung daripada enam adik beradik.

Farah memiliki segulung ijazah iaitu Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti SEGi. Kelibatnya juga menarik perhatian peminat menerusi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek lakonan bersama Fikry Ibrahim. Farah yang seringkali tampil dengan penampilan sopan sememangnya seorang yang lembut dan merendah diri.

Tanpa ada hebahan, Farah melangsungkan pertunangannya bersama juruterbang Penerbangan Malaysia Muhammad Amirul Yunus pada Oktober 2019 yang lalu. Betapa pandainya Farah menjadi rahsia dan tidak mahu mencampur adukkan karier dan cerita peribadinya. Terkini Farah mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan mereka pada malam ini 20 Disember 2019.

Menerusi akaun Instagram, Farah Nabilah memuatnaik sekeping gambarnya bersama bakal suaminya ketika dalam pembikinan cerita Mahligai Cinta TV3. Nyata pasangan ini sama cantik sama padan macam pinang dibelah dua. Beruntunglah kedua-duanya kerana berjodohan bersama.

Jom baca kapsyen Farah dibawah :

” Shooting for Mahligai Cinta TV3. Lagi dekat nak majlis, lagi rasa nervous.. “

Rata-rata peminat gembira dengan kapsyen Farah tersebut dan semuanya teruja melihat kekacakan bakal suami Farah itu. Antara komen-komen peminat :

” Semuga dipermudahkan segala urusan. Mendoakan semuga fawaa dapat membina keluarga sakinah warahmah sehingga kejannah. Amin. I’m happy for you my dear. Selamat pengantin baru in advance.. “

” Perfect couple.. “

” Shoo cute both of you.. “

” Congrats, Farah & Bro Mirul for nikah esok. Semoga dipermudahkan segala urusan dan berkekalan hingga ke jannah. Saya doakan buat kalian berdua.. “

” Semoga dipermudahkan segala urusan ! Tahniah.. “

” Sorang cantik sorang hensem…. Bagai pinang di belah dua… “

” Kalah hero-hero yang pernah ganding dengan diaa.. Ala-ala actor bollywood #arjun.. “

” Macam artis korea yang running man tu.. “

Tak perlu disangkal lagi, sememangnya Farah dan pasangan sangat-sangat secocok. Tak puas mata memandang. Secantik bidadari dan sekacak putera kayangan, mungkin itu perumpaan yang boleh dikatakan pada pasangan ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga majlis akad nikah pada malam ini dipermudahkan segala-galanya.. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Farah Nabilah by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..