” Jom borak dengan Rafael.. “

Video Anak Mawar Rashid, Raden Rafael Sudah Pandai Bersembang Menghiburkan Netizen. Alahai, Comelnya !!

Mawar merupakan seorang pelakon dan model yang semakin meningkat naik popularitinya. Mawar telah berkahwin dengan pelakon, Raden Ahmad Faizal Yaakob yang juga merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti terkenal, Fazley Yaakob.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang comel bernama Raden Muhammad Rafael. Rafael dilahirkan pada 13 Mac 2019. Seperti selebriti lain, pasangan ini juga membuka akaun Instagram khas untuk anak mereka.

Sehingga kini akaun Instagram Rafael menpunyai seramai 151 ribu orang pengikut. Gelagat dan telatah Rafael sering menjadi perhatian oleh pengikut-pengikut di akaun Instagramnya. Rafael merupakan salah seorang si cilik yang popular di media sosial.

Menerusi akaun Instagram, Mawar berkongsi video Rafael yang dilayan untuk diajak bersembang. Rafael kini sudah berusia sembilan bulan sudah pandai memberi respon apabila ditanya. Cumanya hanya Rafael sahaja faham apa yang dicakapkannya.

Tonton video di bawah :

” Jom borak ngan Rafael ? “

View this post on Instagram

Jom borak ngan Rafael? #9months3weeksold

A post shared by Raden Muhammad Rafael (@radenrafaelraf) on

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Rafael yang comel itu. Antara komen-komen netizen :

” Oyak gapo tu Rafael.. “

” Comel macam mama dia.. “

” Cute ye dia.. “

” Gembiranya Rafael comel pulak tu.. “

” Hensem boyy.. “

Alahai, comelnya Rafael. Kanak-kanak seusia Rafael ini sememangnya seronok diajak bersembang. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Raden Muhammad Rafael membesar dengan sihat serta menjadi anak yang soleh di dunia dan juga di akhirat. Amin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Raden Rafael by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..