” Jaranglah ada rambut sikat tepi bang. Jangan buat lagi tau haha.. ” – Netizen

Black Hanifah Muatnaik Video Di Sebalik Tabir Video Klip Tapi Ramai Yang Komen Pasal Rambut Black. Ehh Betul Lah Nampak Macam Dayyan Lah. Sebijik !!

Nama Black Hanifah tidak asing lagi bagi peminat muzik tanah air. Lagu-lagu yang didendangkan oleh Black sentiasa mendapat tempat di hati peminat. Alunan suara yang merdu serta keupayaan Black membawa lagu-lagu yang bernada tinggi membuatkan Black menjadi perhatian ramai.

Mula berkecimpung dalam dunia seni suara bermula dari tahun 2009. Pelbagai kejayaan sudah dikecapi oleh anak muda ini. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, Black juga pernah berlakon filem dan kini menceburi bidang perniagaan.

Selain dari minat menyanyi, Black juga meminati sukan las4k iaitu motorcr0ss. Sering ke lapangan motorcr0ss bersama teman baiknya Achey yang juga seorang pelawak, penyanyi dan pelakon popular di Malaysia. Bapa kepada sepasang cahayamata ini juga seringkali diundang ke pelbagai rancangan baik sebagai penyanyi ataupun sebagai ahli panel.

Terkini Black telah berkongsi sebuah video di laman instagram miliknya yang menunjukkan di sebalik tabir pembikinan video muzik lagu Teman Pengganti feat antara Black dan Malique. Lagu ini cukup popular dan mendapat tempat di hati pendengar dan peminat tanah air.

Mari kita saksikan Video dibawah :

Video yang dikongsikan ini mendapat pelbagai komen dari netizen. Tidak kurang juga yang perasan dengan gaya rambutnya di dalam video yang dimuatnaiknya itu. Antara komen dari mereka :

” Rambut p mana skang ? Hehehe.. ” – Azlan The Typwriter

” Jaranglah ada rambut sikat tepi bang. jangan buat lagi tau haha.. “

” Ramai sngt la da tnya pasal rambut la yekk.. “

” Mcm tu eh kalau p0se lagi sed1h.. ” – Bob Yusuf

” Zaman Abg black kurus dulu. steady.. “

” Lain yee yop muka bang zaman muda.. “

” Lagu xpernah tinggl time karok nie hahaha.. “

” Ni Dayyan Ni. Sempoi muda remaja.. “

Pasti ramai peminat yang menantikan buah tangan terbaru dari Black ni. Walaupun hanya sebuah lagu lama yang digarap baru, tetapi pasti ada kelainan yang akan ditunjukkan. Apapun, semoga Black sentiasa berjaya dalam setiap bidang yang diceburi dan terus ceria bersama keluarga  tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Black Hanifah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..