” Jangan tunggu lama-lama Dato, nampak sama padan dah ni.. ” – Netizen
Tampil Mesra Dan Hadiahkan Kasut Berjenama Mewah Sempena Hari Lahir Sahabat Baiknya Datuk Alha Alfa, Ramai Yang Doakan Moga Zara Zya Bakal Bergelar Suri Hati Datuk Alha. Sweet, Kalau Dah Jodoh Apa Salahnya !!
Meninjau di akaun Instagram milik usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Alha Alfa telah berkongsi beberapa gambar sempena sambutan hari lahirnya yang ke-33. Sambutan tersebut turut diraikan bersama keluarga tersayang dan juga rakan-rakan baiknya.
Tidak terkecuali ada bersama adalah pelakon cantik, Zara Zya. Mungkin ramai yang tahu Dato Alha dan Zara ini memang bersahabat baik. Namun keakraban mereka ini buat peminat menyangka bahawa Zara dan Alha mempunyai hubungan istimewa lebih daripada sahabat.
Paling mencur1 perhatian warga maya adalah posting Alha apabila menerima kasut rekaan terkini dari jenama mewah Perancis, Christian Louboutin sebagai hadiah hari lahirnya pemberian Zara. Malah pada kapsyen, Alha turut meluahkan perasaan terujanya setelah menerima hadiah tersebut.
Hingga kini, posting oleh Alha telah mendapat puluha ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke Instagram. Ada peminat yang menyatakan bahawa kelihatan Alha dan Zara tidak seperti kawan baik, namun lebih daripada pasangan kekasih.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Dalam pada itu, turut menarik perhatian adalah komen-komen yang diberikan oleh netizen yang berteka-teki mengenai hubungan dua sahabat ini. Selain itu, diantara mereka ada yang meminta Alha dan Zara untuk segera mendirikan rumah tangga. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kenapa sweet sgt dato bila dok sebelah Zara Zya. Semoga dipermudahkn urusan Dato, manaa tahu Zara pilihan tepat, hehe.. “
” Amboi boleh tak kahwin je, ye ke kawan baik, nampak macam pasangan kekasih je ni. Hehe semoga berjodohan lah kalian, kami doakan.. “
” Nampak memang serasi bersama. Dua-dua single, sorang duda sorang putos tunang. Kami sentiasa doa yg baik2 untuk anda.. “
” Slow2 dato, sweet hbis lah siap dapat hadiah special lagi tu. Mesti korang ni ada ape2 kan, just tak nak share kt public. hahahaha baik mengaku.. “
” Sama padan, sesuai dah ni. Semoga Dato Alha dan Zara Zya ada jodoh hingga ke jinjang pelamin, amin2.. “
” Awal2 memang lah kwn baik, hehe last2 jadi pasangan suami isteri. Cepat bert1ndak Dato, jangan melepas pulak nanti.. “
” Ntah knpe rasa mcm tesuka plak both of u, dato. Semoga berjodohan ke jinjang pelamin. Zara memang sesuai sangat lah jadi wife dato.. ”
Ini bukan kali pertama hubungan mesra antara Alha dan Zara diperkatakan peminat. Terdahulu, sekitar Oktober peminat turut membuat speku1asi mengenai hubungan mereka selepas kedua-duanya kelihatan mesra ketika menyambut ulang tahun kelahiran Zara. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik buat mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Alha Alfa
Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..