” Izinkan aku merasa detik ini 19 0ktober 2019. Dalam memenuhi impian majlis merisik kami sekeluarga.. “

Elly Mazlein Mengimbau Kembali Gambar-Gambar Sekitar Majlis Merisiknya. Wow, Cantiknya Elly, Indahnya Pelamin !!

Pastinya ramai sudah tahu bahawa penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein sudah pun berpunya. Elly sudah pun dirisik oleh kelurga bakal suaminya pada Oktober lalu. Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi menyatakan ini kali pertama beliau dapat merasai pengalaman dirisik.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia, namun bercer4i pada 15 Oktober 2015.  Elly kemudian mengenali kekasihnya yang hanya diperkenalkan sebagai Azlan sejak Ogos tahun lalu.

Ketika beliau bergelar penyanyi beliau sering dibandingkan dengan penyanyi remaja seangkatan seperti Siti Nurhaliza dan Liza Hanim. Namun pada tahun 2001 beliau mencipta rekod tersendiri apabila album ketiganya yang berjudul Elly berjaya menjadi antara 10 buah album Malaysia terlaris pada tahun tersebut.

Menerusi akaun Instagram, Elly mengimbau kembali gambar-gambar zekitar majlis merisiknya yang berlangsung Oktober lalu. Nampak begitu cantik Elly di atas pelamin yang indah. Walaupun sekadar majlis merisik namun tampak begitu meriah.

Baca perkongsian Elly di bawah :

” Izinkan aku merasa detik ini 19 0ct 2019. Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2 “

” Dengan adanya majlis, sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain. Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini. “

” Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda .. Lebarkan sayapmu . MAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN.. “

View this post on Instagram

#throwback #MajlisMerisikAzlanElly . Pelamin Indah dari sentuhan @firdausothmann @answedding.events .. kepommmm love ❤❤❤ tq . Izinkan aku merasa detik ini❤💍 19 0ct 2019 . Dlm memenuhi Impian majlis merisik kami sekeluarga, dlm masa yg sama ada juge pihak yg sedang mencari rezki & sedang mendaki utk mencipta nama serta melebarkan sayap dlm bidang masing2 . Dengan adanya majlis,Sudah pasti ada kaitan dgn para peniaga.. dgn erti kata lain, setiap majlis pasti ada juge rezki org lain . Jutaan terima kasih buat team #MerisikCintaAzlanElly diatas kerjasama ini ❤ . Semoga Impian kita semua tercapai.. Doa saya buat kalian semoga terus berjaya dalam perniagaan anda ❤ ..Lebarkan sayapmu 🌸MAJLIS MERISIK AZLAN DAN ELLY MAZLEIN🌸 #MerisikCintaAzlanElly . 🌸 Catering 🌸 @mastarcatering.official . 🌸 Videographer 🌸 @picxelmotionfilms . 🌸 Photographer 🌸 @wvmphotography . 🌸 Henna 🌸 @hennabypuyep . 🌸 Bunga 🌸 @mad.about.bunga . 🌸 Pelamin 🌸 @answedding.events @firdausothmann . 🌸 Pakaian 🌸 @adam.r_lamaison . 🌸 Sandwich -Breakfast 🌸 @myno1sandwich, . 🌸 Cake 🌸 @madaboutcake_official . 🌸 Chiavari chair 🌸 @shahalamwedding . 🌸Pavlova🌸 @pavlovashahalam . 🌸Emcee🌸 @naziah33 @answedding.events

A post shared by ELSefhia (@iamellymazlein) on

Rata-rata netizen memuji penampilan Elly Mazlein yang begitu cantik sekali. Antara komen-komen mereka :

” Nice. Cantik kak pom pom.. “

” Smoga apa yg d rancang dpermudahkan ya kak lina pompom.. Aamin3.. “

” Cantiknye kak lina pompom.. “

” Alhamdulillah…. kawin nnti jemputlah.. “

” Tahniah kak Lina pompom.. Cantik sungguh.. “

” Aura nya.. MasyaAllah.. “

Lagi gambar-gambar yang dikongsi oleh Elly :

Sungguh berseri-seri wajah Elly dan begitu cantik sekali. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan Elly dan bakal suami menuju ke alam perkahwinan dipermudahkan. Agar apa yang dirancang berjalan dengan lancar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..