” Inspirasi sangat tengok keikhlasan Memey sayang Nana macam anak sendiri.. ” – Netizen
Video Memey Suhaiza Dan Norman Hakim Menyambut Hari Lahir Anak Abby Abadi, Maisara Dayana Fathia Raih Perhatian Peminat. Cantiknya Kek Birthday Dayana, Nampak Sweet Betul Cara Memey Layan Dayana !!
Keakraban antara Norman Hakim dan bek4s isterinya, Abby Abadi sering mendapat pujian ramai. Bahkan bukan itu sahaja, dilihat isteri Norman, Memey Suhaiza juga sangat rapat dengan Abby seperti adik dan kakak.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Memey, telah berkongsi satu video yang memaparkan dirinya bersama keluarga telah meraikan hari ulang tahun kelahiran anak angkat Abby Abadi iaitu Maisara Dayana Fathia yang ke- 4 tahun.
Tulis Memey, dirinya mewakili Abby Abadi untuk menyambut hari lahir Dayana kerana Abby dan suaminya, Faizal berada di Johor atas urusan kerja. Malah kalau dilihat menerusi posting yang lain, Memey telah membawa Dayana bersama bercuti di Kuantan, Pahang.
Perkongsian tersebut sekali lagi telah menarik perhatian warganet. Ada yang kagum melihat cara Memey melayan anak Abby seperti anak kandungnya sendiri. Hingga kini video Memey menyambut hari lahir Dayana telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuantnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video yang dikongsikan Memey dan memberikan kata ucapan selamat hari lahir kepada Dayana. Antara komen-komen menarik adalah :
” Inspirasi sangat tengok keikhlasan Memey sayang Nana macam anak sendiri. Selamat hari lahir Dayana comel.. “
” Alhamdulillah. Happy Birthday Dayana. Moga jd anak solehah berjaya dunia dan akhirat. Sweet lah tengok mummy dan papa layana Dayana.. “
” Tiada perkataan nak tulis. Tahniah Mummy dan Abg Norman memberikan contoh yang baik. Happy Birthday Dayana.. “
” Semua orang sayangkan Nana. Bagus lah Memey, wakil Abby sambut birthday Nana, nampak Memey sayang sangat dengan Nana.. “
” Semoga Allah rahmati dua buah keluarga yg berkasih sayang kerana Allah ini. Suka tengok video ni, selamat hari lahir Nana comel, semoga jadi anak yang solehah.. “
” Comelnya kek Nana, pandai mummy pilih. Dah nmpak Nana macam kembar Mikayla lah dengan pakai baju sama pula tu.. “
” Nampak macam anak kandung je, terbaik lah Memey. Semoga keluarga besar ini sentiasa dalam lindungan Allah.. “
Alahai sweet sangat video Memey ni. Dah 4 tahun usia Dayana, makin comel sekali pandang ada iras Abby lah. Apa-apa pun, selamat hari lahir Dayana, semoga terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik serta solehah.
Silakan SHARE..
Sumber : IG memeysuhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..