” Cute baby Dayah, macam mamanya jugak.. ” – Netizen

Video Sekitar Majlis Aqiqah Dan Berkhatan Anak Bekas Pengasuh Siti Aafiyah, Dayah Zubit, Muhammad Al-Fattah. Wah Meriahnya Majlis. Dah 5 Bulan Dah Umur Baby, Dayah Pun Makin Cantik Dan Slim Lepas Bersalin !! 

Pada bulan Februari yang lalu membuka lembaran baru dalam kehidupan bek4s pengasuh Aafiyah Khalid iaitu Dayah Zubit apabila dirinya selamat melahirkan cahayamata sulungnya. Dikurniakan Allah seorang bayi lelaki, si kecil ini dinamakan sebagai Muhammad Al-Fattah.

Selepas 7 hari kelahiran Fattah, suami Dayah, Ridzuan Razali ada berkongsikan video majlis tahnik dan cuk0r jambul Fattah yang dilakukan di kediaman mereka. Kini usia Fattah sudah pun memasuki 5 bulan dan membesar dengan baik.

Meninjau akaun Instagram Dayah Zubit, telah dikongsikan satu video yang memaparkan majlis aqiqah dan berkhatan baby Fattah. Lengkap dengan pelamin indah, majlis istimewa buat Fattah ini berlangsung dengan meriah.

Dayah, Ridzuan dan baby Fattah memakai sedondon baju berwarna putih. Begitu juga tetamu yang hadir pada majlis ini. Harapan Dayah agar anaknya ini menjadi insan yang berguna, soleh, alim sebagaimana maksud nama Fattah iaitu pembuka.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian oleh Dayah ini telahpun meraih lebih 5000 likes daripada netizen. Antara komen-komen mereka :

” Nama Fattah sama maksud dengan teha, pembuka. Alhamdulillah, selesai majlis aqiqah Fattah. Comel Fattah, Dayah pun cantik.. “

” Alhamdulilah… Cantik pelamin aqiqah Muhammad Al Fatah. Semoga Muhammad Al Fattah membesar dengan sihat, sempurna dan jadi anak yang soleh.. “

” Bestnya tengok Dayah makin slim lepas beran4k. Sama lah dengan nama anak saya Muhammad Al Fattah, Fattah saya dah 8 tahun.. “

” Makin slim lah Dayah sekarang, cantik ingatkan pengantin baru manalah tadi. Cute baby Dayah, macam mamanya jugak.. “

” Alhamdulillah tahniah mamat are9ridzuan dan isteri. Semoga cahaya mata menjadi anak Soleh, mentaati perintah Allah dan Rasul dan berbakti kepada agama kelak, aamiin.. “

Alhamdulillah, selesai sudah majlis aqiqah baby Fattah. Walaupun wajah Fattah tidak kelihatan sepenuhnya, tetap nampak kecomelannya. Berkulit cerah macam Dayah, mesti kakak Aafiyah sayang dengan baby Fattah ini.

Apa-apa pun, semoga segala impian dan harapan Dayah dan Ridzuan untuk Fattah dimakbulkan Allah. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kedua ibu bapa apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Dayah Zubit, IG Are9ridzuan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..