” Inilah yang dinamakan makin berusia makin cantik.. ” – Netizen

Penampilan Terkini Fauziah Latiff Yang Semakin Cantik Dan Menawan. Wah, Masih Anggun Walaupun Usia Hampir 50 Tahun !!

Kepada yang membesar di sekitar tahun 90 an pastinya anda mengenali penyanyi Fauziah Latiff atau nama panggilannya Gee. Antara lagu popular nyanyian Gee ialah Dia, Teratai Layu Di Tasik Madu dan Kau Merubah Segalanya. Gee menceburi bidang nyanyian sejak tahun 1986 lagi, hampir 35 tahun pengalamannya dalam bidang ini.

Sehingga kini Gee masih lagi aktif dalam dunia seni walaupun sudah lama tidak menghasilkan album baru. Beliau juga sibuk menguruskan studio tarian dan muzik miliknya yang diberi nama Dia Studio. Selain itu, Gee pernah juga dijemput menjadi juri untuk program realiti Mikrofon Impian.

Menjenguk ke akaun Instagram milik Gee, beliau dilihat sering mengemaskini akaunnya itu. Apa yang menarik perhatian ialah penampilan Gee yang tetap anggun dan menawan walaupun usianya hampir mencecah 50 tahun. Memang masih cantik !!

Gee seperti tidak dimakan dek usia kerana kekal nampak muda seperti dahulu. Tidak banyak perubahan wajah Gee sejak zaman muda sehingga sekarang. Beliau kini masih hidup sendiri setelah hampir 13 tahun berp1sah dengan bekas suaminya, Johan Indut.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Rata-rata peminat memuji penampilan Gee yang makin cantik. Antara komen-komen mereka :

Menganc4m sweet.. Still cantik gitu.. “

” Suka tengok kak Gee ni, ayu jer.. “

” Menawan.. so sweet.. Tak pernah tak cantik.. “

” Rindu dgn kak jee.. ratu suara romantis.. ratu pop Malaysia NO 1.. “

” In love with kakak dari darjah 6 ok.. “

” Cantikkk kak gee… Sentiasa cantik sangat2.. “

” Ini la yg di namakan… makin berusia.. makin cntik.. “

Sememang Gee nampak maintain muda dan cantik. Apakah rahsia Gee kekal nampak muda dan semakin menawan? Pasti ramai yang ingin mengetahuinya. Semoga Gee terus berjaya dalam bidang seni tanahair dan terus menghiburkan peminat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fauziah Latiff

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..