” Ini step untuk Tom dan Fuad Rahman.. ” – Elly Mazlein

Video Elly Mazlein Menunjukkan Tarian Yang Sepatutnya Dilakukan Oleh Peserta Gegar Vaganza, Tom Dan Fuad Rahman Pada Persembahan Minggu Ini Buat Ramai Terhibur. Ad0i Macam Tu Jer Sampai Ke Sudah. Kelakar Lah Kak Lina Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram CepatBerita, perkongsian satu video yang memaparkan Elly Mazlein sedang menari membuatkan ramai terhibur. Video yang berdurasi beberapa saat ini telah menerima lebih 9 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik.

Menurut Elly, ia merupakan step tarian yang sepatutnya dilakukan oleh dua peserta Gegar Vaganza musim ke 9 iaitu Tom dan Fuad Rahman. Elly sempat berpesan supaya membuat tarian seperti yang ditunjukkan untuk persembahan minggu ini.

Gaya Elly menari ini turut membuatkan yang berada di situ terhibur. Nampak mudah sahaja tarian Elly ni, hanya menggerakkan kaki ke kiri dan ke kanan. Tetapi tiada pergerakan lain selain yang ditunjukkan. Nampak kelakar lah pula, hehe.

Sekadar info, Elly merupakan hos rancangan Gegar Vaganza pada musim ke 9 ini bergandingan dengan Nabil Ahmad. Pada musim ini ramai artis terkenal dan berbakat besar bertanding menunjukkan kehebatan masing-masing.

Jom tonton video di bawah :

Pada minggu ini kesemua para peserta diuji dengan lagu-lagu pilihan netizen di mana Tom perlu menyanyikan lagu berjudul Goyang Inul manakala Fuad Rahman perlu menyanyikan lagu Gadis Melayu. Ia merupakan genre lagu yang berbeza buat mereka.

Sama ada Tom atau pun Fuad Rahman akan mengikut step tarian yang diberikan oleh Elly, sama-sama kita nantikan malam esok. Agak-agak kalau mereka tidak melakukannya, apa yang Elly akan lakukan ye. haha. Tak sabar untuk menontonnya esok.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein, Cepatberita

Artikel ini disediakan oleh OH KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Oh Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..