” Ini kena sp0tcheck, gond0l la Wak.. “

Wak Doyok Buat Hal Lagi. Meraikan Hari Pertama Persekolahan, Penampilan Wak Dikomen Peminat. Namun Jawapannya Buat Netizen Ketawa Besar. Lucu !!

Jejaka ini punya gaya misai dan janggut yang unik hinggakan membuat dirinya menjadi buah mulut netizen. Siapa lagi kalau bukan Wak Doyok. Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor dilahirkan pada 22 November 1979 di Klang Selangor.

Wak Doyok mula dikenali ramai apabila jenama pakaian The Garment yang diusahakan bersama 2 rakan kongsinya mendapat perhatian umum. Dek kerana penampilan yang berani, berimej misai dan janggut tebal persis jejaka maskulin era Inggeris 60-an, gaya ini menjadi ikutan pencinta fesyen.

Kelainan yang ditonjolkan oleh Wak Doyok membuatkan beliau dijadikan ikon fesyen Malaysia dan menjadi penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai. Siapa sangka jejaka dari kampung yang pada awalnya hanya orang biasa kini tersohor dan mampu memiliki perniagaan dan kekayaan yang mampu dibanggakan.

Menerusi akaun Instagram, Wak Doyoh telah berkongsikan sekeping gambarnya yang berpakaian lengkap sekolah sempena hari pertama persekolahan bagi tahun 2020. Gayanya memakai seluar pendek kelihatan lawak dan tidak kena dengan style dan penampilan wajahnya itu. Jadi kelakar bila ditengok !

Jom baca kapsyen di bawah :

” Tengah hari tadi 2hb dah daftar masuk sekolah darjah satu pengg4l pertama. Ini anak istimewa.. “

Rata-rata peminat terhibur dan menyakat penampilannya itu.  Antara komen-komen peminat :

” Mesti cikgu susah nak ajar.. Terpikat dengan misai tu.. “

” Kecik-kecik dah berjambang.. “

” Kerat misai… Tak lepas masuk sekolah ni.. “

” Ini kene sp0tcheck gond0l la wak. “

Apa yang menariknya semua mendapat respon balas yang melucukan dari Wak Doyok sendiri. Antaranya :

Lucu betul gelagat Wak Doyok ni. Mentang-mentanglah sesi persekolahan baru bermula, beliau pun tak mahu ketinggalan meraikannya. Namun itu hanyalah sekadar gurauan darinya untuk menceriakan suasana. Kami di Berita Kopak mengucapkan selamat maju jaya buat Wak Doyok dan moga semakin success dalam kerjaya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wak Doyok by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..