” Ini dekat tangga Sri Petaling.. ” – Nabil Ahmad

Video Radin Menghadiahkan Souvenir Istimewa Dari Qatar Kepada Nabil Ahmad Dan Pak Azad. Namun Telatah Nabil Dan Pak Azad Ketika Mendapat Souvenir Begitu Mencuit Hati. Part Nabil Cakap Pasal Minyak Wangi Tu Kelakar, Haha !!

Bagi yang mengikuti perkembangan penyampai radio Era, iaitu Radin di akaun Instagram, pasti mengetahui yang baru-baru ini Radin telah berkesempatan bercuti di Qatar. Banyak gambar dan video telah dikongsikan oleh Radin sepanjang percutiannya di sana.

Malah terbaru, meninjau di akaun Instagram radioa Era pula, telah memuatnaik satu video yang memaparkan Radin telah kembali bertugas di konti. Tidak pulang dengan tangan kosong, Radin telah membawa souvenir kepada Nabil Ahmad dan Pak Azad.

Kelihatan dalam video itu, Radin telah membawa keluar beberapa barang daripada begnya seperti fridge magnet berbentuk world cup dan minyak wangi untuk dihadiahkan kepada Nabil serta Pak Azad. Jelas terlihat Nabil begitu teruja setelah menerima souvenir daripada Radin.

Kongsi Radin kepada dua sahabatnya, minyak wangi yang diberikan itu adalah minyak wangi istimewa kayu gaharu dari Qatar. Namun sempat Nabil menyak4t Radin yang minyak wangi itu seperti dibeli Radin di Sri Petaling, Kuala Lumpur.

Jom tonton video di bawah :

Bahkan bukan Nabil sahaja, Pak Azad pun sempat menyakat mengatakan minyak wangi tersebut adalah daripada kayu jati. Tidak berdiam diri begitu sahaja, Radin menyatakan jika diikutkan hatinya, mahu sahaja membawa pulang beberapa ekor unta namun tidak dibenarkan masuk ke dalam kapal terbang.

Kelakar betul lah tengok tiga sahabat ni apabila berbicara, ada sahaja idea masing-masing hendak menyakat antara satu sama lain. Tapi nampak special betul world cup magnet yang dihadiahkan Radin buat Nabil dan Pak Azad. Maklum lah sekarang kan musim Piala Dunia.

Silakan SHARE..

Sumber : IG era.je, radin_era

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..