” Ini bukan member, tapi ini sahabat.. “

Kamal Adli Sanggup Bagi RM5 Ribu kepada Fizo Omar, Buatkan Netizen Turut Terharu. Tak Sangka Ini Yang Terjadi Kepada Fizo Omar !!

Wan Hafizol bin Wan Omar dilahirkan pada 19 Julai 1985 atau lebih dikenali sebagai Fizo Omar ialah pelakon lelaki terkenal tanah air.memiliki Diploma Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik dan mempunyai darah campuran Melayu, Siam dan Arab. Ayahnya keturunan Melayu sementara ibunya keturunan Siam dan Arab.

Sejak dari kecil lagi, Fizo sudah terlibat secara serius bermain bola sepak ke peringkat negeri dengan mewakili Kelantan. Kemudian terpilih juga dalam beberapa kejohanan peringkat umur sehinggalah berjaya mewakili Malaysia bawah 16 tahun dalam Kejohanan Piala Nike yang diadakan di Korea Selatan.

Rashid Sibir merupakan orang yang pertama yang bertanggungjawab membawa Fizo Omar ke dunia lakonan menerusi drama Elite. Beliau ketika itu pemenang Hero Remaja diberikan kepercayaan untuk membawa watak dalam drama itu. Fizo mengambil keputusan untuk berhenti bermain bola sepak secara serius dan menumpukan kepada bidang seni yang semakin terbuka luas untuknya.

Menerusi perkongsian terkini di akaun instagram, Fizo telah berkongsi satu video yang memaparkan beliau bersama Alif Farhan. Video itu merakamkan Fizo sedang bercakap telefon dengan Kamal Adli yang juga sahabat baik Fizo. Fizo yang cuba untuk bergurau (pr4nk) dengan Kamal Adli untuk rakaman Trek Selebriti membuatkan sesiapa sahaja menonton menjadi terharu.

Ikuti perkongsian Fizo di bawah :

” Bukan senang nak cari member yang pemurah cam @kamaladli nie. Korang jangan lupa layan Trek Selebriti bersama @fizoomar dan hos @aliffarhan_jr.. SETIAP JUMAAT| 9.30 PM | ASTRO RIA.. “

” #trekselebriti #brotherhood.. “

Rata-rata peminat telah memuji sikap Kamal Adli yang sangat baik kepada sahabat baiknya, Fizo. Antara komen-komen tersebut :

” Terharu dgn persahabatan kauorg.. “

” Member sejati.. “

” Ini bukan mmber..ini shbt .. Sbb klu sahabat susah sme susah senang same senang.. “

” Serius la ssh nk Cari kawn mcm @kamaladli semoga Allah murah kn lagi rezeki nya… Walupun kena pr4nk.. Tk thu nk gelak ke nk simpati hahaha.. “

” Baik @kamaladli ni … Tk fikir byk… Demi sahabat.. “

” Member Insya Allah tlg member punye.. “

” Wahhh best dpt member baik cmtu.. Steady je fizo kenakn kamal adli.. “

Alhamdulillah.. Dapat sahabat yang baik pun adalah salah satu nikmat dan rezeki dari Allah SWT. Bukan senang nak cari sahabat yang sentiasa ada bersama kita ketika susah. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga bersahabatan antara Fizo dan Kamal Adli bekekalan. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Fizo Omar, Kamal Adli by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..