” Ingatkan orang Turki, rupanya Ameera Khan. Lawanya dia.. ” – Netizen

Datin Noor Kartini Kongsi Gambar-Gambar Berada Di Mekah Bersama Anaknya, Ameera Khan. Lama Tak Tengok Ameera, Makin Cantik Little Miss Khan Ni. Dah Macam Orang Turki !!

Beberapa hari yang lalu, ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini ada berkongsikan beberapa keping gambarnya bersama anaknya, Ameera Khan dengan kapsyen memohon kemaafan daripada semua sebelum mereka berangkat mengerjakan umrah.

Meninjau akaun Instagram Datin Noor Kartini, telah dimuatnaik satu perkongsian baru yang memaparkan Datin Kartini bersama Ameera di Mekah. Baik ibu mahupun anak ini kedua-duanya sama cantik dan ayu.

Ameera yang manis dalam busana jubahnya kelihatan semakin berseri-seri. Sudah lama warganet tidak melihat Ameera semenjak gadis sunti ini menutup akaun sosialnya. Ameera yang berhijab ini membuatkan warganet tidak jemu melihat wajah Ameera.

Kebanyakan gambar Ameera dalam perkongsian ini dapat dilihat Ameera mengelak daripada wajahnya diambil. Kata warganet, Ameera seperti wajah orang Turki dan Arab. Cantik sama macam mama Kartini sangat Ameera ini.

Jom baca perkongsian di bawah :

( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )

Perkongsian oleh Datin Kartini ini telahpun mencatatkan lebih 15 ribu likes daripada warganet. Antara komen-komen mereka :

” Ingatkan orang turkey, rupanya ameera khan. Semoga ibadah ini diterima Allah dan dipermudahkan, amin.. “

” Alhamdulillah, lama dah tak tengok Little Miss Khan. Comel sokmo Ameera ni. Rindunya pada Ameera.. “

” Lawanya Ameera, Ameera betul-betul menjaga pandangan mata. Suka la tengok, semoga kita semua dapat menunaikan ibadah haji dan umrah yang mabrur bersama-sama keluarga.. “

” Ameera yang cantik, nampak ke billionaire Arab terus buat jadi isteri hehe. Makin lawa Ameera ni, muka polos tanpa makeup pun jelita.. “

” Cntik nya ameera . suke sgt tgk pakai tudung.. Ameera.. Sejuk mata memandang, semoga terus istiqamah.. “

” Cantiknya Ameera, semoga mendapat umrah yang mabrur, Aamin. Rindu nk tengok Ameera.. mak dan anak sama-sama cantik.. “

” Lawanya Ameera, ingat orang Arab tadi, tengok sekali lagi baru cam Ameera. Semoga istiqomah berhijab Ameera.. “

Alhamdulillah, semoga Datin Kartini dan Ameera beroleh umrah yang mabrur. Terubat kerinduan warganet untuk melihat Ameera. Mana tahu selepas ini Ameera akan kembali aktif di media sosial. Selamat beribadat dan semoga segalanya dipermudahkan.

Silakan SHARE…

Sumber : IG Noor KartiniĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..