” Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha ja.. ” – Rozita Che Wan
Genap 9 Tahun Usia Perkahwinan, Perkongsian Rozita Che Wan Mengenai Sikap Zain Saidin Yang Ramai Tak Tahu. Wah, Tak Sangka Eh. Tahun Ni Punya Baju Ulangtahun Perkahwinan Pun Harga Bukan Biasa-Biasa !!
Tahun ini genap 9 tahun usia perkahwinan selebriti cantik, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta bersama suaminya, Zain Saidin. Walaupun jarak usia yang berbeza namun pasangan ini tetap bahagia dengan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Meninjau ke akaun Instagram, Che Ta telah memuatnaik beberapa keping gambar sempena ulangtahun perkahwinan mereka. Setiap tahun Che Ta akan mengenakan persalinan pakaian yang cantik bagi mengabadikan kenangan bersama.
Tahun ini Che Ta dan Zain mengenakan persalinan berwarna putih dan seperti selalu pakaian Che Ta pastinya mempunyai ‘ bulu-bulu ‘ atau ropol. Nilai harga pakaian Che Ta juga bukan biasa-biasa, ia bernilai RM 80 ribu. Memang wow sangat.
Che Ta juga berkongsi kisah hidupnya di ruangan kapsyen p0sting tersebut. Kisah sejak menjadi ibu tunggal dan akhirnya bertemu jodoh dengan Zain. Che Ta juga berkongsi sikap Zain yang amat menyenangi dirinya.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Lagi gambar yang dikongsikan :
( Klik butang KANAN -> untuk gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan ulangtahun perkahwinan kepada Che Ta dan Zain. Antara komen-komen yang diberikan :
” Alhamdulillah syukur sgt tgk kesayangan kami bahagia .. Happy Anniversary kak Ta & Zain! Cantiknyaaaaaa MasyaAllah.. “
” Dak lani apa tips makin bertambah tahun makin nampak muda dan lawa ni .. Terima kasih che ta bg nasihat yg baik utk ibu tunggal.. “
” Happy Anniversary hampa. Semoga berkekalan till jannah.. Kami setuju yg Allah hantar Utk Kita belajar Lebih Baik.. “
” Kami dah 8 thn dah ni..mcm give up jar. Ada lg 4 thn klu nak kuat mcm Che Ta tuk kawin lagi.. Kita baca caption ikot lenggok che taaaaa sgttt hehe.. “
” Skirt ataih peha .. tiba2 teringat kiah pekasam .. mmg meletopss gitu happy annibersary anyway.. Suka part “sayang da solat?” “
” Tersgt cantiknya Che ta dn cantik sungguh kata2, Che ta mmg cantik dn baik tu sbb ramai org syg, Happy Anniversary 9 thn semoga Che ta dn Zain sentiasa bahagia hingga ke Syurga Amin.. “
” Yaaa…. setuju sebijik… sebijik apa che ta ckp tu, cheq pun sama, memola takmo kawen balik.. betuila Allah tu baik.. Dia bg Suami yg terrrbaikkkk utk perkahwinan Kali kedua.. “
Kami di Berita Kopak juga turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 9 tahun. Semoga bahtera perkahwinan Che Ta dan Zain terus berkekalan hingga akhir hayat dan berbahagia selalu. Amin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rozita Che Wan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..