” Ibu mertua asyik mintak salah seorang anak kembar dalam kandungan saya untuk diberikan kepada abang ipar saya yang belum ada anak.. “

” Nak pec4h jant0ng saya dibuatnya.. ” – Perkongsian Wanita Ini Dapat Simpati Ramai. Bila Tak Bagi, Cakap Anak Durh4ka Pula. Alahai Kesiannya !!

Anak adalah anugerah dan nikmat daripada Allah SWT kepada semua pasangan yang sudah berkahwin. Bahagianya sesebuah perkahwinan apabila dianugerahkan anak-anak yang soleh dan solehah. Namun begitu tidak semua orang merasa nikmat dikurniakan cahaya mata.

Jika ingin memelihara anak angkat biarlah dengan kesudian ibu kandung. Janganlah mem4ksa dan mem1sahkan mereka tanpa mereka rela. Ini kerana ibu kandung lebih mempunyai hak ke atas naak yang dikandungkannya selama 9 bulan.

Lebih menyedihkan lagi jika ada campur tangan orang lain terutama sekali ibu atau bapa mertua yang ingin menentukan hala tuju perkahwinan dan rumah tangga anak-anak tanpa dipersetujui oleh mereka. Bila tidak dituruti dikatakan anak derhak4 pula nanti.

 

Baca perkongsian seorang wanita yang dikongsikan di Facebook Kisah Rumah Tangga mengenai permintaan ibu mertuanya untuk diberikan anak dalam kandungannya kepada keluarga abang ipar yang masih belum memiliki zuriat. Baca luahannya di bawah :

Salam admin, saya nak bercerita sambil meminta pendapat.. Saya ibu anak dua.. Seorang lelaki dan seorang perempuan.. Yang lelaki dalam darjah 5 sekarang yang perempuan 2 tahun.. Sekarang saya sedang hamil bayi kembar.. Kembar lelaki..

( Gambar Sekadar Hiasan )

Hidup saya bukanlah mewah sangat tapi dalam kategori senang. Tak pernah la nak apa apa tak dapat teringin apa apa tak dapat kira bukan kategori susah.. Sebab suami isteri bekerja..

Yang menjadi masalah sekarang ibu mertua saya dari usia kandungan saya 3 bulan asyik mintak salah seorang anak kembar saya untuk diberikan kepada anak nya iaitu abang ipar saya dan isteri nya.

Kata ibu mertua saya, cukupla sudah ada anak 2.. Dalam perut kan ada 2 lagi. Dia cuma mintak seorang yang dalam perut bukan dua dua… Nak pec4h jant0ng saya dibuatnyaaa. Anak saya ni.. Dar4h daging saya. Macam tu saja dia mintak konon kasihan pada abang ipar dan isteri yang dah lama kahwin tak ada zuriat.

( Gambar Sekadar Hiasan )

Suami saya dah banyak kali menolak dengan alasan kami mampu dan kami tiada masalah kewangan.. Tiada sebab nak bagi anak kat orang.. Tapi ibu mertua saya tak pernah puas pujuk saya… Ni ketika saya sedang menaip ni dia ada di rumah kami sedang dalam usaha memujuk suami saya… Datang bersama abang ipar dan isteri.

Salahkah tindakan saya ? Kedek0t kah saya ? Pentingkan diri kah saya ? Ibu mertua saya kata kalau bagi anak saya pada abang ipar masa depan anak saya terjamin sebab mereka berdua pun kerja bagus2.. Ibu mertua juga seorang ibu.. Dia tak fahamkah apa yang saya rasa ?

Saya buntu.. Saya sedih.. Ni sekarang datang ke rumah saya dengan abang ipar dan isteri nak bawak balik anak anak saya yang abang dan yang perempuan berumur dua tahun pula.. Katanya cuti sekolah nak bawak jalan jalan.. Biar saya berehat sebab saya hamil..

( Gambar Sekadar Hiasan )

Kenapa mereka ini nak ambil anak anak saya ???? Saya memang tak kan izin. Jauh tu rumah mereka di Johor saya di KL.. Tolonglah saya.. Saya buntu.. Suami saya memang tak izin tapi saya pel1k kenapa nak anak anak saya ?? Dia siap kata kat suami saya yang kembar tu memang mak nak ye.. Jangan jadi anak derh4ka.. Ya Allah..

( Gambar Sekadar Hiasan )

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memik0l. Semoga pengadu dan suami dapat berbincang dari hati ke hati dengan ibu mertuanya dan menemukan jalan penyelesaian yang baik. Harpa si ibu mertua dapat menerima dan menghormati keputusan pengadu.

Apa pendapat anda ?

Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Sumber : Facebook Page Kisah Rumahtangga / Dikemaskini oleh Berita Kopak & Content Media