” I Ingat makan dinner biasa-biasa sahaja.. ” – Rita Sosilawati
Rita Sosilawati Kongsi Video Kej0tan Hari Lahirnya. Part Kej0tan Tu Buat Rita Terharu Dan Tidak Sangka Majlis Tersebut Khas Untuknya. Wahh, Meriah Sangat !!
Setiap insan akan merasa dihargai apabila meraikan sambutan hari lahir. Sambutan ini bukanlah bermakna perlu dilakukan secara besar-besaran. Malah sekadar ucapan hari lahir sudah cukup membuat seseorang gembira dan bahagia. Lagi-lagi yang mengucapkannya orang yang rapat dan dekat dalam hidup kita.
Tidak dinafikan, sambutan hari lahir sudah menjadi kebiasaan pada masa kini. Sambutan yang meriah dan mempunyai tema tertentu membuatkan majlis hari lahir lebih h4ppening. Ada yang mengadakan majlis hari lahir di restoran-restoran, di hotel dan juga di tempat-tempat khas untuk meraikannya.
Bercerita tentang majlis hari lahir ini, pengasas produk kosmetik terkenal Rita Sosilawati telah memuat naik posting terbarunya berkaitan dengan majlis hari lahir. Posting berbentuk video tersebut memaparkan suasana di majlis sambutan hari lahirnya yang sangat meriah dihiasi dengan hiasan yang cantik.
Kelihatan majlis tersebut dihadiri dengan kenalan rapatnya dan suami. Menurutnya, majlis ini adalah majlis kej0tan buatnya. Rita tidak menyangka majlis tersebut adalah khas untuk dirinya. Katanya, tujuan datang ke restoran tersebut hanyalah sekadar untuk makan malam sahaja.
Tambah Rita lagi, kej0tan majlis hari lahir tersebut adalah dirancang dan diuruskan oleh suaminya dan sahabat baiknya Farah. Rita sangat berterima kasih kepada semua yang hadir atas kesudian hadir bagi meraikan hari lahir buat dirinya. Rita sangat cantik pada malam itu, dengan mengenakan dress berwarna oren lembut.
Jom tonton video yang dikongsikan oleh Rita di bawah ini :
Entri tersebut dihujani dengan ucapan hari lahir buat Rita. Mereka turut mendoakan kesejahteraannya. Ini antara komen-komen mereka :
” Haaaaaapy birthday babe semoga terus gojes and tambah anak pin4k lagi okeh, all the best in everything you do, murah rezeki amin.. “
” Happy birthday kak, semoga dipanjangkn umor dan dmurahkn rezeki selalu.. “
” Happy birthday kak Rita, moga pnjang umur, murah rezeki n happy2 selalu.. “
” Alhamdulillah selamat hari Lahir semoga sihat selalu hendaknya juga selalu dalam jagaan Allah swt.. “
” Hepi besday rita sosilawati, selalu meraikan kwn2 sebab tu ramai syg Rita.. “
Wahh meriah sungguh kejutan hari lahir buat Rita ye. Sesungguhnya menggembirakan orang lain akan membuatkan kita lebih bahagia. Pastinya Rita merasa gembira atas kej0tan ini. Apa-apa pun kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga dalam rahmat Allah selalu. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Rita Sosilawati
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..