” I Ingat makan dinner biasa-biasa sahaja.. ” – Rita Sosilawati

Rita Sosilawati Kongsi Video Kej0tan Hari Lahirnya. Part Kej0tan Tu Buat Rita Terharu Dan Tidak Sangka Majlis Tersebut Khas Untuknya. Wahh, Meriah Sangat !!

Setiap insan akan merasa dihargai apabila meraikan sambutan hari lahir. Sambutan ini bukanlah bermakna perlu dilakukan secara besar-besaran. Malah sekadar ucapan hari lahir sudah cukup membuat seseorang gembira dan bahagia. Lagi-lagi yang mengucapkannya orang yang rapat dan dekat dalam hidup kita.

Tidak dinafikan, sambutan hari lahir sudah menjadi kebiasaan pada masa kini. Sambutan yang meriah dan mempunyai tema tertentu membuatkan majlis hari lahir lebih h4ppening. Ada yang mengadakan majlis hari lahir di restoran-restoran, di hotel dan juga di tempat-tempat khas untuk meraikannya.

Bercerita tentang majlis hari lahir ini, pengasas produk kosmetik terkenal Rita Sosilawati telah memuat naik posting terbarunya berkaitan dengan majlis hari lahir. Posting berbentuk video tersebut memaparkan suasana di majlis sambutan hari lahirnya  yang sangat meriah dihiasi dengan hiasan yang cantik.

Kelihatan majlis tersebut dihadiri dengan kenalan rapatnya dan suami. Menurutnya, majlis ini adalah majlis kej0tan buatnya. Rita tidak menyangka majlis tersebut adalah khas untuk dirinya. Katanya, tujuan datang ke restoran tersebut hanyalah sekadar untuk makan malam sahaja.

Tambah Rita lagi, kej0tan majlis hari lahir tersebut adalah dirancang dan diuruskan oleh suaminya dan sahabat baiknya Farah. Rita sangat berterima kasih kepada semua yang hadir atas kesudian hadir bagi meraikan hari lahir buat dirinya. Rita sangat cantik pada malam itu, dengan mengenakan dress berwarna oren lembut.

Jom tonton video yang dikongsikan oleh Rita di bawah ini :

View this post on Instagram

At first I really don’t know Ada surprise birthday party for me.. I ingat makan dinner biasa-biasa sahaja. Sekali bila sampai @farozcafe I terkejut kenapa mcm ramai sgt org… siap Ada video and cameraman.. dalam hati mungkin Ada function kot. Naik jer tingkat atas I Memang terkejut all my friends ada… pandai diaorg sembunyikan the plan. Semua kawan-kawan and kita plak busy the whole week busy sbb kerja. Jadi mmg tak terfikir semua Akan buat birthday surprise sis. Dalang yang sebenar my husband @khamarulkr and @myfarahme .. pandai betul diaorg setting dinner suruh I pakai cantik2 siap make-up yer. But anyway tq everyone yang datang. Terima kasih juga patik ucapkan pada YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj kerana mencemar duli hadir Di majlis patik yang tak seberapa ini .. selamat hari lahir pada tengku juga❤️❤️❤️ tidak lupa juga pada my mentor Tan Sri Rozali Ismail kerana bersetongkol sekali dalam majlis saya ini🤣🤣🤣 den terkono lagi🤣🤣🤣 To all my friends tq kerana meluangkan masa Dan bersetongkol sekali mengenakan I.. tq for all your gifts.. I’m really overwhelmed tak tahu nak cakap mcm mana .. hanya ALLAH SWT yang mampu utk Membalas jasa kalian.. sis rasa amat bersyukur kerana dikurniakan suami yang baik , mentor yang selalu Beri tunjuk ajar dari sehingga business and kehidupan Dan kawan-kawan yang baik , susah senang Bersama sis terima kasih YA ALLAH diatas rezeki ini. Sis difahamkan ada juga yang tak Dapat hadir diatas komitmen lain.. it’s okay sis faham.. doa kalian yang penting utk sis.. I LOVE YOU GUYS from the bottom of my heart. The event was so successful ❤️❤️❤️ Venue: @farozcafe Deco : @_prettylittleevents Make-up : @arymuzamer Dress: @zaimizulkafli 📸: @kakifoto_ 🎥: @cameo.x Goodies : @sugarbelle_cosmetics @b_dara_official @khamarulkr @myfarahme @fashasandha @itsaidilaziz @zizanrazak869 @syazara_aisha @aishahanimofficial @furynaazmeer @ijaa.ahmad @al_hadi_88 @datosrisalmahismail @azrilradzi @balqish_hussni @mas_jasmine @tizhee @dayanarozali @fithribooks @azlan.shah.rozali @raeanness @safiqahesa @nora_aspadaliladanish @pg_adam

A post shared by Erni Dekritawati Yuliana (@rita_sosilawati) on

Entri tersebut dihujani dengan ucapan hari lahir buat Rita. Mereka turut mendoakan kesejahteraannya. Ini antara komen-komen mereka :

” Haaaaaapy birthday babe semoga terus gojes and tambah anak pin4k lagi okeh, all the best in everything you do, murah rezeki amin.. “

” Happy birthday kak, semoga dipanjangkn umor dan dmurahkn rezeki selalu.. “

” Happy birthday kak Rita, moga pnjang umur, murah rezeki n happy2 selalu.. “

” Alhamdulillah selamat hari Lahir semoga sihat selalu hendaknya juga selalu dalam jagaan Allah swt.. “

” Hepi besday rita sosilawati, selalu meraikan kwn2 sebab tu ramai syg Rita.. “

Wahh  meriah sungguh kejutan hari lahir buat Rita ye. Sesungguhnya menggembirakan orang lain akan membuatkan kita lebih bahagia. Pastinya Rita merasa gembira atas kej0tan ini. Apa-apa pun kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir, semoga dalam rahmat Allah selalu. Amin..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE..

Sumber : IG  Rita Sosilawati

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..