” Hmm berpuitis sungguh kata-kata ustaz di akhir ayat.. “

Cik Man Huraikan Tentang Gerhana Matahari. Ayat Last Tu Amb0i.. Asyik Bagi Hint Ja Cik Man Nie.. !!

PU Azman sering membalas persoalan yang ditanya oleh netizen dengan jawapan yang bersantai dan diselit dengan jenakanya tersendiri. Berstatus duda  dan berusia 38 tahun dan berasal dari Rantau, Negeri Sembilan ini juga pernah menuntut di Mesir selama 11 tahun dalam bidang Kuliyah Syariah Islamiah.

PU Azman merupakan Juara Pencetus Ummah (PU) musim ke-2. Memiliki nama penuh iaitu, Azman Syah Alias antara pendakwah yang terkenal dalam medial sosial. Melalui pendekatan berdakwah secara santai dan bersahaja telah menarik perhatian golongan tidak kira muda atau tua.

Sekiranya sesiapa yang mengikuti perkembangan dakwah PU Azman ini pasti tahu bahawa beliau merupakan seorang yang kelakar. Lebih gemar membahasakan diri sebagai ‘ Cik Man’ ada sahaja akalnya untuk menyakat orang, namun sifat kelakarnya itu membawa makna dari segi dakwahnya.

Menerusi Instagram, PU Azman telah berkongsi cerita mengenai Gerhana Matahari. Untuk pengetahuan, semalam, 26 Disember 2019,  telah berlakunya fen0mena gerhana matahari. Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melalui antara Bumi dan Matahari. Terjadinya fenomena ini, kita dapat melihat akan kebesaran dan kekuasaan Allah yang Maha Esa.

Ikuti perkongsian PU Azman di bawah :

Gerhana matahari itu adalah makhluk Allah.. “

 إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَكْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ كُسُوفًا فَاذْكُرُوا اللَّهَ حَتَّى .يَنْجَلِي

” Maksud : “Sesungguhnya tidaklah terjadi gerhana matahari dan bulan itu karena kemat1an seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya, tetapi keduanya termasuk ayat-ayat Allah. Dengan keduanya, Allah ingin menak0tkan hamba-Nya, maka jika kamu melihat gerhana, zikirlah kepada Allah (solat) hingga ia bersinar kembali..  “

” Gerhana matahari, solatlah dua roka’at.. Gerhana cinta, diiringi rindu yang teramat.. “

View this post on Instagram

Gerhana matahari itu adalah makhluk Allah. . إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَا يَكْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّهُمَا مِنْ آيَاتِ اللَّهِ يُخَوِّفُ اللَّهُ بِهِمَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ كُسُوفًا فَاذْكُرُوا اللَّهَ حَتَّى يَنْجَلِيَا. . Maksud :"Sesungguhnya tidaklah terjadi gerhana matahari dan bulan itu karena kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya, tetapi keduanya termasuk ayat-ayat Allah. Dengan keduanya, Allah ingin menakutkan hamba-Nya, maka jika kamu melihat gerhana, zikirlah kepada Allah (solat) hingga ia bersinar kembali". . Gerhana matahari, solatlah dua roka'at. Gerhana cinta, diiringi rindu yang teramat.

A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on

Rata-rata netizen terhibur akan kapsyen terakhir PU Azman, yang sempat lagi selitkan kata-kata jenaka di akhir huraiannya tentang gerhana matahari. Antara komen-komen tersebut :

” Hurmmm.. Ayat akhir tu.. “

” Klau saya cinta ustaz.. gerhana ape pulak.. “

” Gerhana cinta luk4.. “

” Hm berpuitis sungguh kata2 ustaz di akhir ayat.. “

” Kemain Ayat last cik man.. “

” Cik man xpernah xlawak.. “

Dengan terjadinya fenomena tersebut, Allah SWT telah menunjukkan kebesaran-Nya kepada manusia agar sentiasa mengingati kepada yang Maha Pencipta. Apa-apa pun, Kami dari Berita Kopak mengucapkan ribuan terima kasih kepada PU Azman atas perkongsian ilmu kepada semua.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  PU Azman  by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..