” Hari tu waktu dia jat0h, Malaysians ketawakan tapi bila menang.. “
Video Pengumuman Malaysia Sebagai Pemenang Pakaian Kebangsaan Terbaik Di Miss Universe 2019 Membanggakan Rakyat Malaysia. Tahniah !!
Buat pertama kali dalam pertandingan Miss Universe 2019 yang berlangsung di Atlanta, Amerika Syarikat telah mencatatkan sejarah buat Malaysia apabila diumumkan sebagai pemenang Kostum Kebangsaan Terbaik. Peserta dari Malaysia iaitu Shweta Sekhon memperagakan pakaian tersebut.
Pakaian tersebut direka oleh pereka tempatan iaitu Carven Ong yang bertemakan ‘A Peranakan Indulgence’. Ia diilhamkan daripada pakaian kaum Baba dan Nyonya. Shweta menewaskan 89 peserta lain di pertandingan ratu cantik nombor satu dunia itu.
Carven bersyukur dan benar-benar tidak menyangka untuk memang. Namun begitu, tuah tidak menyebelahi Shweta. Beliau tidak berjaya mara ke peringkat Top 20. Kali terakhir peserta Malaysia yang layak ke separuh akhir ialah menerusi Josephine Lena Wong pada tahun 1970.
Menerusi akaun Instagram, video ketika pengumuman pemenang telah dikongsikan. Pada mulanya berlaku kes1lapan apabila hosnya, Steve Harvey mengumumkan Filipina sebagai pemenang. Shweta yang berada di pentas bersamanya kemudian membetulkan Steve.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Shweta pernah terjat0h dan tergelinc1r ketika menggayakan pakaian renang dalam acara swimwear sewaktu pusingan awal Miss Universe 2019 yang berlangsung di Typer Perry Studios, Atlanta, Georgia.
Tonton video di bawah :
” Here we go Best National Costume Miss Universe 2019 from Malaysiaaaaaa, ‘A Peranakan Indulgence’.. “
Rata-rata netizen berbangga dengan kemenangan yang diperolehi. Antara komen-komen mereka :
” Proud to be Malaysian! “
” Cantik dan kreatif.. ni yang kita nakk.. “
” Credit it to the designer. Couture by Carven Ong titled “A Peranakan Indulgence.” “
” Tahniah, cantik dan unik, congrat Malaysia.. “
” Tu la xyah sexy pon bole menangkann… janji kualiti… “
” Haritu waktu dia jat0h malaysians ketawakan tapi bila menang sesuatu malaysians congratulate. Kinda hyp0crite for me, but meleis be meleis.. “
Kami di Berita Kopak mengucapkan tahniah buat pereka tempatan, Carven kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia di mata dunia melalui Kostum Kebangsaan Terbaik. Tahniah juga kepada Shweta kerana mewakili Malaysia untuk pertandingan tersebut.
Updated terbaru :
Selepas beberapa jam pengumuman kemenangan Miss Malaysia, Shweta Sekhon sebagai pemenang, Twitter rasmi Miss Universe mengumumkan nama yang diumumkan oleh pengacara Steve Harvey adalah benar. Ini bermakna Miss Universe Filipina iaitu Gazini Ganados adalah pemenang yang sebenar Pakaian Kebangsaan Terbaik dan kemenangan peserta negara kita telah ditarik balik.
.@IAmSteveHarvey had it right: Miss Universe Philippines Gazini Ganados is the winner of the #MissUniverse2019 National Costume competition! Congratulations, Gazini. 🎉 pic.twitter.com/L8DpAyNL9I
— Miss Universe (@MissUniverse) December 9, 2019
Silakan SHARE..
Sumber : IG Itsmefiqri, Miss Universe Malaysia, Twitter Miss Universe by Berita Kopak / Content Media
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..