” Happy birthday to my daughter.. ” – Andy Flop Poppy

Andy Flop Poppy Kongsi Gambar Sempena Hari Lahir Anak Perempuannya, Puteri Adlin Syafinie Cur1 Perhatian Peminat. Wah Dah Besar Anak Dar4, Cantik Dan Manis Orangnya !!

Pastinya anda masih ingat dengan kumpulan Flop Poppy yang dahulunya popular dengan lagu Cinta, Aku & Kamu, Atas Nama Cinta dan Rest of My Life. Vokalis utama kumpulan ini ialah Andy atau nama sebenarnya Megat Effendy Zakaria.

Walaupun sudah lama menyepi dari dunia seni namun Andy masih mempunyai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan dirinya. Meninjau ke akaun Instagram, Andy banyak berkongsi gambar keluarganya termasuk anak-anak.

Antara entri yang mencur1 perhatian ialah p0sting Andy bersama anak perempuannya iaitu Puteri Adlin Syafinie. Andy memuatnaik gambar tersebut bersempena hari lahir anaknya  dan Andy memberikan ucapan khas buat puterinya itu.

Syafinie merupakan anak keempat daripada tujuh adik-beradik iaitu Megat Daniel Azreen, Megat Zarul Mukhriz, Puteri Adlin Natasya, Puteri Adlin Syafinaz, Megat Adam Zakaria, dan Puteri Sumayyah Ramadhani.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Perkongsian ini turut menerima ucapan hari lahir daripada netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Ni yang nombor berapa ni Andy baba__andy ? Yang kawen dulu tu yang ini ke atau yang ni adiknya ? Terbaik.. “

” Owh… selamat menyambut ultah utk dia baba__andy … mudah²an sentiasa dirahmati Allah Taala. Kau & famili sihat ek.. “

” Mashaa Allah ya sheikh. I met your daughter at Adidas 1u Andy.. Happy Birthday finie.. Semoga murah rezeki selalu.. “

Walaupun sudah tidak beraksi dengan kumpulan Flop Poppy namun jiwa Andy terhadap muzik tidak pernah padam. Andy masih melakukan kerja-kerja di belakang tabir dan sentiasa berkongsi videonya bermain gitar di Instagram.

Video Andy bermain gitar :

Semoga Andy berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan berbahagia bersama isteri dan anak-anak serta cucu-cucunya. Tidak lupa juga untuk kami mengucapkan selamat hari lahir kepada Puteri Adlin Syafinie.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Andy

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..