” Happy birthday Naura, yang ni sebijik c0py muka Anne.. ” – Netizen
Gambar-Gambar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak Datin Anne Ngasri, Naura Bersama Keluarga Cur1 Perhatian Warganet. Comel Sungguh Naura, Macam Mamanya Sangat. Mama Pun Awet Muda !!
Rumahtangga pelakon yang popular dengan drama Cili Cili Padi, Datin Anne Ngasri bahagia bersama suami dan 6 orang anak kurniaan daripada Allah. Sekalipun usianya sudahpun melebihi 30-an namun tetap nampak awet muda.
Meninjau akaun Instagram Datin Anne, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan hari lahir anak bongsunya Naura. Tanggal 28 November genaplah usia Naura yang ke 4 tahun.
Cerita Datin Anne lagi, selesai sudahlah semua sambutan hari lahir keenam-enam anaknya ini untuk tahun 2022 ini. Sekejap sahaja masa berlalu, sudah 6 anak Datin Anne dan si bongsu juga sudah besar.
Walaupun sambutan hanya di rumah bersama adik beradik yang lain, Naura tetap kelihatan gembira. Kecomelan Naura ini mendapat pujian daripada warganet. Tak ubah seperti wajah mamanya Naura ini, copy paste betul.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, posting ini telahpun mencatatkan lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan :
” Waaaa sama birthday la kita Naura. Happy birthday to you Naura comel. Datin seperti bsama adik, wajah tetap awet muda.. “
” Happy birthday Naura, comelnya dia. Yang ni sebijik copy muka Anne. Besar nanti tentu cantik macam mama.. “
” A ah diam diam semua tinggal bday mama aje hehehe. Selamat hari lahir Naura cantik.. “
” Sannah Helwah Sayang, Puteri solehah, Moga menjadi penyejuk hati dan mata ayahbonda. Amin amin.. “
” Happy Birthday Naura ucukkkk. Jom kita pegi makan-makan and shoping. Naura yang terlalu comel.. “
” Anne.. Masya Allah 6 anak awak.. Syukur Alhamdulullah.. Makin lawa awak… Suke tgk.. Happy birthday Naura.. “
” Happy birthday Naura.. 28/11 Sama dengan arw4h afiq anak Saya kalau dia masih ada umur dia 20 tahun Al-Fatihah.. “
Anak-anak sudah besar, mamanya macam kakak dengan adik-adik pula. Selamat hari lahir Naura daripada kami di Berita Kopak dan semoga Naura menjadi anak yang solehah dan tinggi budi pekertinya serta berakhlak mulia.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..