” Happy 44th birthday to my beloved hubs.. ” – Datin Paduka Eina Azman

Sempena Ulangtahun Kelahiran Suami, Datin Paduka Eina Azman Berkongsi Video Percutian Mereka Ke Luar Negara. Wah Sweet Sangat. Aubrey Dan Karl Nampak Dah Semakin Besar Dan Tinggi !!

Apabila tibanya hari ulangtahun sama ada ulangtahun kelahiran atau pun perkahwinan, pastinya sebagai seorang isteri akan sentiasa mengingati tarikh-tarikh keramat ini. Pastinya ada ucapan atau pun kej0tan buat suami sebagai memperingati tarikh ini.

Meninjau ke akaun instagram Datin Paduka Eina Azman, perkongsian terbaru Eina bersempena hari lahir suaminya iaitu Dato’ Paduka Kaiser telah meraih perhatian ramai. Eina telah memuatnaik sebuah video thr0wback percutian keluarga mereka.

Tidak lupa juga, Eina telah menulis ucapan hari lahir buat si suami di ruangan kapsyen. Eina telah meluahkan rasa sayang dan berterima kasih kerana menjadi seorang suami serta ayah yang terbaik buat dirinya dan anak-anak.

Baru 15 jam video ini dikongsikan, p0sting ini telah menerima lebih 3 ribu tanda suka daripada warganet. Video ini dilihat sangat sweet kerana berkongsi banyak momen-momen indah antara mereka ketika bercuti.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini turut menerima beberapa ucapan hari lahir buat suami Eina. Antara komen-komen yang diberikan :

” Selamat hari jadi.. best tu terbaikk.. best moment anak2 masih kecik ni.. simpan jadi kenangan hay4t mereka tua nnt.. “

” Selamat hari jadi datuk.. beaituful famili.. Awwww… this is so sweet and lovely.. comelnya budak dua beradik ni.. “

” How old are you now datin? btw happy birthday to your family leader, dato paduka kaiser.. happy family.. “

Malah anak-anak Eina iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef juga dilihat sudah semakin besar dan tinggi. Kedua-duanya sangat cantik dan handsome. Mereka juga dilihat pandai bergaya seperti ibu mereka. Wah, memang trendy sangat.

Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke 44 tahun kepada Dato’ Paduka Kaiser. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia di samping yang tersayang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eina Azman

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..