” Hanis suka sangat Daddy dukung, asyik minta dukung.. “

Hanis Zalikha Kongsi Video Ayahnya Mendukung Alisa Aisyah Dan Kisahnya Semasa Kecil Namun Respon Hairul Azreen Menghiburkan Netizen. Haa, Kant0i Sudah !!

Hanis Zalikha binti Zainal Rashid pada awalnya merupakan seorang penulis blog. Kemudian beliau mula menceburi bidang modelling dan seterusnya terj0n ke dunia seni sebagai pelakon dan pengacara. Hanis juga pernah dicalonkan untuk anugerah Most Influential Blog Award pada tahun 2011.

Hanis mula menceburi bidang peragaan bermula daripada pertandingan realiti televisyen secara dalam talian iaitu Malaysian Dreamgirl pada tahun 2008. Beliau menjadi peserta kedua yang menjadi naib juara pada pertandingan tersebut.

Hanis telah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Hairul Azreen pada tahun 2014. Perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata yang sungguh comel iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah yang sering mendapat perhatian di media sosial.

Menerusi akaun Instagram, Hanis memuatnaik video ayahnya mendukung anaknya, Alisa. Menurut Hanis, beliau begitu rapat dengan ayahnya sewaktu kecil. Hanis sangat suka ayahnya mendukungnya sehinggakan beliau berpura-pura tidur di depan TV supaya didukung oleh ayahnya.

Tonton video di bawah :

” Bila tengok ni teringatlah masa kecik, Daddy dukung kita. Mama kata Hanis suka sangat Daddy dukung, asyik mintak dukung tapi nak Daddy je, maybe sebab Daddy paling tinggi. Tidak dilupa buat-buat tidur depan tv sebab nak Daddy angkat. “

” Mata terkelip2 nak t1pu tidur punya pasal tapi Daddy layankan je. Sekarang Daddy dukung anak kita pula haih em0silah. @thealisaaisyah.. “

Rata-rata netizen menyatakan bahawa wajah Alisa seiras atoknya. Antara komen-komen mereka:

” The second pic Alisa is like ‘mummy are you jeal0us’.. “

” Alisa ni cute dia lain macam ish ger4m.. “

” Macammm princesss sangatt.. “

” Omelnya lahai ger4m topok kang.. “

” Alissa copy paste atok dia sangat.. “

” Wah.. wajah Alisa seiras dengan ayah Hanis.. “

Namun respon Hairul ini begitu menghiburkan netizen :

Saja je Hairul nak kant0ikan Hanis kan. Normal lah tu nak bermanja dengan suami. Hahaha. Wah, nampaknya Alisa begitu rapat dengan atoknya sama seperti Hanis semasa kecil. Seronok membaca perkongsian Hanis sewaktu kecil kerana ia akan mengimbau kembali kenangan kita semasa kecil bersama ayah kita. Masa itu tidak akan kembali lagi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hanis Zalikha by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..