” Handsomenya si abang Baasit nie.. “

Sari Yanti Kongsi Gambar Dariya Inara Bersama Abangnya, Baasit Al Haq. Kekacakan Baasit Menjadi Perhatian Netizen. Besar Nanti Mesti Ramai Peminat. Kacak Sungg0h !!

Sari Yanti, atau nama sebenarnya, Sari Yanti binti Dato’ Mohamad Nazari merupakan seorang pelakon dan model. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Kaisara dalam sitkom Kisah Kaisara pada tahun 2007. Sejak dari itu, beliau telah muncul beberapa siri TV seperti Annisa (2009), Suria di Cordoba (2011) dan  Cik Serba Tahu (2017).

Beliau dilahirkan pada 9 November 1984 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan kini berusia 35 tahun. Sari juga berdar4h kacukan Melayu dan Minang. Beliau pemegang diploma dalam Pnegajian Perniagaan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Sari Yanti pernah mendirikan rumah tangga dengan Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009.

Pada Disember 2014, pasangan ini sah bercera1 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu, Barr Al Ally dan Baasit Al Haq. Setelah 3 tahun, pada 25 Februari 2017, Sari Yanti sekali lagi telah mendirikan rumah tangga bersama pelawak Jep Sepahtu dan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Dariya Inara berusia 1 tahun lebih.

Terkini, Sari telah memuat naik beberapa foto anak-anaknya di laman media sosial iaitu instagram milik anak perempuan, Dariya Inara. Gambar yang diambil itu, Inara bersama abang keduanya, Baasit Al Haq.  Baasit yang memeluk adiknya itu menjadi perhatian netizen kerana terselah kekacakannya.

Ikuti perkongsian tersebut dibawah :

” Abang Baasit suka peluk peluk. Kita tak suka. Rimas.. “

View this post on Instagram

Abang Baasit suka peluk peluk. Kita tak suka. Rimas 🙄

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Rata-rata peminat memberikan komen bahawa raut anak lelaki Sari mirip seperti Yanti manakala Dariya pula mirip abahnya Jep. Antara komen-komen tersebut :

” Sorang muka jep, sorang muka kak sariyanti.. “

” Hensemnya abang, dariya muka abah sangat.. “

” Hensemnya si abang dan comelnya si adik.. ” 

” Hensemnya Abg baasit. Hahahaah.. “

” Hensom abg dia… Muka ada iras mummy… Org ckp anak laki ikut muka mummy ni sejuk ja mata pandang.. Katanya… “

” Comel n hensem… abg sayang adik.. “

Kacak betul anak teruna Sari Yanti ni. Besar nanti mesti ramai peminat, tak larat la makya nak tepis nanti ramai yang nak.. Hehe.. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak, mendoakan semoga Sari Yanti seisi keluarga sentiasa dimurahkan rezeki sentiasa, sentiasa dalam lindungan Allah. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Dariya Inara , Sari Yanti by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..