” Handsome sangat si abang tu, macam mat saleh.. ” – Netizen

Gambar Terbaru Anak Anzalna Nasir, Eidrees Dan Emirhan Ketika Bercuti Buat Ramai Cair. Wah Si Abang Bukan Main Bergaya Lagi. Berambut Kerinting, Handsome Dan Macam Model. Si Adik Pula Maintain Comel, Dah Banyak Gigi !!

Meninjau ke akaun Instagram Anzalna Nasir, perkongsian terbaru Anzalna telah meraih perhatian ramai. Anzalna telah berkongsi sekeping gambar anak-anaknya yang dirakamkan ketika mereka sedang bercuti di luar negara.

Eidrees dan Emirhan merupakan nama cahaya mata Anzalna bersama suaminya, Hanif Zaki. Kedua-dua cahaya mata ini merupakan penyeri hidup Anzalna dan juga suaminya. Kedua-duanya sangat comel kerana mewarisi kecantikan dan kekacakan ibu bapa mereka.

Menurut Anzalna, sejak mempunyai anak, Anzalna sering berasa tidak sabar untuk pulang ke rumah bertemu anak-anak. Anzalna juga tidak boleh berp1sah dengan mereka dan sentiasa membawa mereka ke mana sahaja.

Antara perkembangan anaknya yang dikongsikan ialah Emirhan kini sudah mempunyai 6 batang gigi dan Eidrees pula seorang anak yang baik. Perkongsian ini telah menerima lebih 200 komen daripada warganet.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Ada yang mencadangkan agar Anzalna menambah lagi anak kerana Eidrees dan Emirhan sangat comel. Antara komen-komen yang diberikan :

” Awakkkk… beranak lah lg… ada rezeki dapat pompuan plak… mesti comel lote cun melecun mcm awak.. “

” Comel sangat ni.. Moga dpt baby gurl plak lps ni. Aamiinnn.. Ya Allah dah besar dh Eidrees.. handsome boy sgt .. “

” Yg si kecik sebelah tu boleh la matchmaking dgn babygirl sheera ya alang2 dh sebaya haha.. Bergaya betul kinting diaa.. “

” Handsome sgt ni si abang tu. Mcm mat saleh dengan duduk atas bot nya. boleh pinjam seminggu tak.. cantik betul rambut abg.. “

” Seorang muka mama seorang muka papa dia kan ..comel ..klu anak perempuan mesti comel yaaa amat..

” Semoga membesar menjadi anak yg berguna kpd bangsa dn negara dan yg membahagiakan kedua ibubapanya.. aminnn.. “

” Comel semua Italian and Russian.. Eidrees pls jgn handsome sngt Emirhan jgn comel sngt aunty ger4m sangat.. “

Eidrees juga dilihat sudah besar dan gaya seperti seorang model sahaja dalam gambar tersebut. Semoga Eidrees dan Emirhan membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh. Jika dikurniakan anak perempuan pastinya cantik seperti Anzalna.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anzalna Nasir

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..