” Halah halah, Afwa comel joget. Seronok tengok ibu dia nyanyi tu.. ” – Srikandi.79

Video Gelagat Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Muhammad Afwa Berjoget Riang Ketika Mendengar Video Persembahan Ibunya. Alahai Happy Betul Afwa, Comel Sungguh !!

Meninjau akaun Instagram Srikandi.79, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar dari Instastory Dato’ Seri Siti Nurhaliza di mana ianya memaparkan gelagat anak lelaki DS Siti, Muhammad Afwa.

Kelihatan Afwa sedang seronok menari-nari sambil mendengar suara nyanyian ibunya. Dapat dilihat pada paparan laptop dalam video ini persembahan DS Siti pada malam Konsert Kemenangan D Academy 5 Indonesia.

Serancak ibunya menyanyikan lagu Nirmala, serancak itu jugalah si comel Afwa berjoget-joget. Amboi Afwa, suka hati betul dapat dengar suara ibu. Biarlah tidak dapat mengikut ibu secara live pun, dapat melihat dari laptop pun jadi lah ye Afwa.

Pada video itu juga dapat dilihat ayat tertulis ‘ Adik siap joget ctdk ‘. Bukan setakat berjoget, Afwa juga berlari-lari ke sana ke sini. Aktif betul hero Dato’ Siti seorang ini. Bukan ibu sahaja yang ger4m melihat Afwa, peminat pun ger4m sama kalau begini gayanya.

Jom tonton video di bawah :

Untuk makluman semua, pada konsert yang berlangsung semalam, DS Siti turut menyampaikan beberapa buah lagu lain antaranya Purnama Merindu. Memang meriah sambutan oleh peminat DS Siti di Indonesia dan ianya dapat dilihat dari Instagram stesen televisyen Indosiar.

Semoga Muhammad Afwa terus kekal ceria dan aktif seperti ini selalu, menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapa, anak yang bijaksana serta insan yang berbudi bahasa dan berakhlak mulia seperti ibu dan ayahnya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Srikandi.79, IG Ctdk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..