” Haah lah bibir macam mommy tapi muka macam daddy Ryzal.. ” – Netizen

Maryam You Narae Kongsi Wajah Penuh Bayi Rina Pada Hari Keempat Selepas Kelahiran Anaknya. Alahai Comelnya Baby Rina Ni, Muka C0py Paste Daddy Ryzal Sangat. Bibir Tu Sebijik Mommy Maryam, Cute !!

Personaliti media sosial dan Youtuber berasal dari Korea, Maryam You Narae yang kini menetap di Malaysia sememangnya dikenali ramai. Baru sahaja beberapa hari yang lalu, Maryam telahpun selamat melahirkan zuriat sulungnya yang diberi nama Rina.

Menurut Ryzal Ibrahim, nama Rina adalah gabungan Ryzal dan Narae. Peminat pasangan ini juga teruja untuk melihat wajah bayi kacukan ini. Jika sebelum ini, hanya ‘sipi-sipi’ sahaja wajahnya dided4hkan, kali ini wajah penuh Rina dapat dilihat.

Meninjau akaun Instagram Maryam You Narae, telah dikongsikan 2 keping gambar terbaru Maryam bersama Rina. Dengan kapsyen tertulis ‘ Ikut bibir mommy ‘, Rina sedang lena tidur dipangkuan mommynya ini.

Maryam turut mengambil gambar dari posisi yang menampakkan bibirnya sama dengan Rina. Sampai ternganga mulut Rina, lena sangat tidurnya si comel ini. Alahai ikut mulut mommy, mesti peramah apabila besar nanti Rina.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di akaun Ryzal Ibrahim pula, dikongsikan beberapa keping gambar yang menunjukkan keadaan Ryzal ketika menjaga Rina. Amb0i ayahnya, ini memang betul-betul jaga anak. Sampai terpusing 360 gaya tidur tu, haha. Ramai juga peminat yang memberi komen wajah Rina iras dengan muka Ryzal.

Jom baca perkongsian di bawah :

(Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Wajah si comel ini telah mendapat perhatian daripada peminat. Antara komen-komen peminat yang dapat kami kongsikan :

” So cute Rina, muka daddy sangat. Korea hab1s tapi versi Ryzal haha. Bibir sebijik mommy eh, ger4m tengok.. “

” Comelnya Rina ni. Korea mix melayu jadi muka Jepun hehe. Tahniah Maryam, semoga Maryam dan Rina sihat sihat selalu.. “

” Lawanya anak you Maryam. Lawa sangat sangat, muka macam ryzal versi cerah. Semoga sentiasa sihat onnie Maryam dan baby Rina.. “

” Sama bibir mommy haha, cute sungguh. Mesti perangai ting tong macam mommy jugak nanti ni, cepat besar Rina.. “

” So adorable, so cute baby Rina. Baby kp0p so cute. Muka daddy tapi bibir mommy, ni mesti banyak mulut macam mommy.. “

” Haah lah, bibir mommy dia, mata dia juga. Tapi muka macam daddy Ryzal. Cute babylah Rina. Jadi anak yang solehah Rina sayang.. “

” Yang pasti muka sangat sangat anyeonghaseyo tapi versi daddy Ryzal hehe. Bibir tak dinafikan lagi memang c0py mommy Maryam haha.. “

” Bulat macam Ryzal, muka pun macam Ryzal memang anak daddy sangat Rina ni. Bibir mommy sebijik sedibik photostat terus.. “

Kata orang anak perempuan kalau iras wajah ayah, sejuk rumahtangga. Wajah Maryam mahupun Ryzal, pasti besar nanti ramai peminat Rina ini. Selamat berpant4ng Maryam dan semoga cepat sihat seperti sediakala dan untuk baby Rina, semoga dilindungi Allah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Maryam You Narae, Ryzal IbrahimĀ 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..