” Gugur la rambut mommy dia, habis la mommy.. ” – Netizen
Video Anak Amyra Rosli, Ayra Aryssa Menyembur Air Liur. Namun Part Tiba-Tiba Sebut ‘Abah’ Cur1 Tumpuan Ramai Peminat. Wahhh, Pandainya Aryssa !!
Kehidupan keluarga pasangan selebriti Amar Bahrain dan Amyra Rosli sering menjadi tumpuan. Pasangan yang bagai pinang dibel4h dua ini telah pun mempunyai dua orang cahaya mata yang bernama Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa. Kedua-dua anak pasangan ini memiliki wajah yang sangat comel .
Pej4m celik, pej4m celik sudah masuk 5 bulan berlalu sejak Amyra Rosli melahirkan puterinya yang diberi nama Ayra Aryssa. Wajahnya yang comel mewarisi kecantikan ibunya membuatkan tidak jemu mata memandang. Hari demi hari Aryssa semakin ramai peminat yang menggemari telatahnya.
Ada sahaja video dan gambar anak-anak mereka kongsikan di laman media sosial untuk tatapan peminat-peminat. Meski pun masih kecil, jangan sangka kedua-dua anak Amar dan Amyra ini mempunyai peminat dan laman Instagram mereka sendiri.
Terbaru, menerusi laman Instagram milik Ayra Aryssa, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut memaparkan Aryssa sedang menyembur air liurnya. Kebiasaan bayi seperti Aryssa perkara sedemikian adalah sesuatu yang normal. Ini merupakan perkembangan yang baik dalam kemahiran motor halus bagi bayi.
Apa yang menarik lagi di dalam video tersebut, Aryssa mengeluarkan air liur dengan banyak sehingga menjejeh di luar mulutnya. Sambil menyembur, Aryssa sempat lagi membuat bubbling dan mengeluarkan perkataan seperti Aryssa menyebut ‘abah’. Alahai seronok Aryssa ye main air liur !!
Di bawah ini adalah video tersebut. Jom tonton !!
Tinjauan di ruangan komen bagi posting tersebut, seperti kebiasaan mereka memuji kecomelan Aryssa dan mengatakan sekiranya bayi menyembur, rambut ibu akan gug0r. Inilah kebiasaan yang orang-orang tua kata, mitos atau pun fakta tu kurang pastilah. Ini antara komen-komen mereka :
” Gugur lah rambut mommynya, adik hembus2 air liur kata org tua2.. “
” So cuteee walaupun air kiri menjejehhh, Cutenya, MasyaAllah.. “
” Pandainya dia sebut abahhh, So cuteee.. “
” Hahaha, gugurla rambut momyy dia, abiss la mommy, .. “
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Amyramar, Amyra Rosli, Ayra Aryssa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..