” Gorge0us nyaaa mother in law.. “

Gambar Rozita Che Wan Bersama Ibu Mertuanya Cur1 Perhatian Ramai. Cantiknya Mak Zain Saidin. Che Ta Pun Tak Pernah Tak Melet0p !!

Apa sahaja yang dimuat naik oleh selebriti ternama, Rozita Che Wan di akaun Instagramnya pasti akan menjadi tumpuan netizen. Celoteh Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta khususnya dalam loghat Kedah sangat menghiburkan, apa lagi cerita-cerita berbaur sindiran.

Beliau telah mendirikan rumah tangga kali ke kedua bersama Zain pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana, 6 tahun. Menerusi perkahwinan pertama beliau dengan seorang juruterbang, Che Ta mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezra.

Che Ta yang kini seorang ibu anak tiga , kelihatan masih anggun dan menawan dengan tampil imej tersendiri oleh beliau. Selain membawa kerjaya sebagai pelakon, Che Ta juga merupakan seorang usahawan yang mengendalikan hasil perniagaan bersama suaminya, Zain.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram, Che Ta telah berkongsi beberapa gambar beliau bersama ahli keluarga suaminya, Zain sempena majlis pernikahan Sasha yang juga merupakan kakak ipar Che Ta. Che Ta juga turut bergambar bersama ibu mertuanya, Siti Aisyah Abdullah. Gambar Che Ta bersama ibu mertua turut menjadi perhatian umum warganet.

Ikuti perkongsian oleh Che Ta di bawah :

” With my beloved mak mertua & @aaisyahdhiarana111 .. “

” #rozitachewan #cheta #rcw #zsrcw #wedding #january2020 #limegreen .. “

” STYLE BY @abushaefhamza.. DRESS BY @wan_and_mary.. @iamothongdanish18 .. @azmwhb.. “

Rata-rata peminat memuji gambar Che Ta bersama ibu mertua dan anaknya kelihatan sangat cantik. Antara komen-komen tersebut :

” Lawa mak mentua.. “

” Gorge0us nyaaa mother in law.. “

” Respect mak mertua che ta.. “

” Segakkkkkkk ya amatttt.. “

” Che Ta perut flat ! Kuruih ramping.. “

” Hamboi.. Kemain senyum smpai tlinga ko mek Chah…Anyway 3 3 cantek.. “

” Mak mentua cantik, menantu cantik, cucu cantik. Syukor kurniaan Allah.. “

Cantik betul mak mertua Che Ta.. Patut lah anak-anak semuanya cantik dan kacak. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mengambil kesempatan ini, mengucapkan selamat pengantin baru buat Sasha Saidin dan suami semoga hubungan ini kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Silakan SHARE.

Sumber : IG Rozita Che Wan by Berita Kopak / Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..