” Good one abang, his effort nak juga suruh adik sebut.. ” – Netizen

Gelagat Yusuf Iskandar Menyuruh Alisa Aisyah Menyebut Perkataan ‘Atok’ Yang Mencuit Hati. Meltingnya Tengok Gaya Yusuf Yang Penyabar Ini. Senyuman Dan Muka Bangga Tu Comel Sangat !! 

Perkembangan anak Hairul Azreen, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah sering mendapat perhatian ramai peminat. Dua beradik ini juga antara si cilik popular di Malaysia yang mempunyai peminat mencecah angka jutaan orang. Yusuf kini sudahpun berusia 4 tahun manakala Alisa baru sahaja setahun usianya.

Yusuf sejak kecil sudah diasuh dan dididik dengan sikap sopan santun dan bertoleransi. Hasil didikan ibunya Hanis Zalikha sudah mula kelihatan dan terserlah dalam setiap gerak-geri Yusuf. Hanis pernah berkongsikan video pereb0tan mainan antara dua beradik ini namun Yusuf mengalah apabila disuruh Hanis.

Alisa pula semakin besar semakin banyak akalnya. Adik yang lincah dan sedikit las4k berbanding abangnya Yusuf, wajah comel Alisa sering mendapat pujian peminat. Alisa yang suka membuat aksi cheeky juga menghiburkan hati kedua ibu bapanya itu.

Meninjau akaun Instagram Yusuf Iskandar, telah dikongsikan satu video yang menunjukkan gelagat Yusuf mengajar Alisa menyebut perkataan ‘Atok’. Alisa yang di pangkuan Hairul tidak mempedulikan panggilan Yusuf pada awalnya hinggakan Yusuf bangun berdiri supaya Alisa memandang mukanya. Alahai comel sangat abang adik ini.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

Bangga

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Gelagat Yusuf yang berusaha mengajar adiknya ini supaya menyebut Atok menghiburkan peminat. Alahai dah memang gaya abang-abang sangat Yusuf sekarang. Antara komen-komen mereka :

” Wow the persistency. Good job abang.. “

” Soft spoken nyaaa yusuf ni. Proud of you dah bigboy.. “

” Amboi big boy dah yusuf, pandai ajar adik.. “

” Good one abang, his effort nak juga suruh adik sebut.. “

” Hahaha muka bangga dan senyuman tu kontrol macho betul.. “

” The way yusuf call alisa adik hhahaha so cuteee.. “

” Alisa Alisa look at me. Alaa bijaknya dua beradik ni.. “

” Hahhahaha tak puas hati selagi tak pandang tu.. “

” Alisaaa Alisaaa, look at me. Say atuk Awhhh so cute yusuf.. “

” Look at me, abang ger4m tu sampai berdiri sebab adek tak dengar.. “

Bagus sungguh kesabaran Yusuf ini, diusahakan juga sampai Alisa mengikut sebutan Atoknya itu. Muka bangga lepas adik sebut atok comel sangat. Apa pun, Yusuf sememangnya abang yang baik dan sering menjadi contoh buat Alisa. Semoga Yusuf dan Alisa sentiasa di bawah lindungan Allah dan membesar menjadi insan berguna. Aamin

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yusuf Iskandar, IG Hanis Zalikha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..