” Good mum, pergi mana-mana habis angkut semua.. ” – Netizen

Fasha Sandha Kongsi Video Dan Gambar Pergi Babymoon Bersama Anak-Anak Dan Ahli Keluarga Yang Lain Dapat Pujian Daripada Netizen. Wah Terbaik Lah Fasha !!

Kalau bercakap tentang honeymoon, semua orang akan tahu. Malah hampir ke semua pasangan yang baru mendirikan rumahtagga akan pergi bercuti dan menjadikan honeymoon sebagai salah satu cara wajib, tidak kiralah destinasi tersebut jauh atau pun dekat.

Tapi, tahukah anda bahawa kini trend babymoon semakin menjadi perhatian. Jika honeymoon dilakukan setelah berkahwin, babymoon pula dilakukan sebelum isteri melahirkan bayi, iaitu semasa isteri sedang mengandung. Tidak kiralah jika ia adalah kehamilan anda ke berapa kali pun, babymoon boleh dilakukan.

Ramai sedia maklum pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha atau lebih dikenali dengan panggilan Fasha Sandha sedang berbadan dua. Fasha Sandha juga mengambil kesempatan untuk melakukan  babymoon. Seperti biasa Fasha Sandha tidak pernah pergi berdua sahaja dengan suaminya Aidil.

Terbaru, menerusi perkongsiannya di laman Instagram, Fasha memuat naik beberapa gambar dan video beliau bersama ahli keluarganya yang lain bersama-sama menyertai babymooning. Menurut Fasha, beliau membawa kesemua anak-anaknya dan anak buah kerana tidak sampai hati selepas 5 bulan mereka duduk sahaja di rumah.

Bagi beliau biarlah kegembiraan percutian ini dinikmati bersama anak-anak tersayang. Melihat dalam video yang dikongsikan, betapa seronoknya Fasha sekeluarga menikmati percutian beramai-ramai. Difahamkan Fasha Sandha sedang bercuti di Datai Langkawi.

Lihat perkongsian Fasha Sandha di bawah ini :

( Klik butang KANAN untuk melihat gambar dan menonton video yang seterusnya.. )

Perkongsian Fasha Sandha ini mendapat pujian daripada netizen. Mereka turut mendoakan Fasha Sandha dipermudahkan untuk melahirkan. Ini antara komen-komen mereka :

” Cantik, good mum, pegi mn2, hangkut semua, like me, boleh tau kat mn ni ? nmpk besttt jer.. “

” Mummy baby pun happy g1la, tqvm my lovely sister.. “

” Saya pernah keluar berdua asben & wife je rasa lain sangat. Tak syiok mesti nak bawa ank² juga.. “

” You deserved the get away. Such a lovely person you are. Moga dipermudhkn hari kelahiran. Nanti  wt more joy and happiness wt the new baby otw. Luv always.. “

” Saya pun suka bawak ank & ank2 buah kalo pegi berjalan. Seronok tgk diorg happy kan.. “

” Cantiknye tempat ni dgr suara fasha dh termengah² penat take care fasha sandha. Kat mane fasha ? Cantiknya.. “

Wah, begitulah perasaan seorang ibu kan, tidak sampai hati men1nggalkan anak-anak. Lebih seronok untuk bergembira bersama-sama. Fasha Sandha menjadi contoh ibu yang terbaik. Alhamdulillah. Di kesempatan ini, kami di Berita kopak mendoakan Fasha Sandha dipermudahkan oleh Allah untuk proses kelahiran. Aminn..

Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.

Silakan SHARE.

Sumber : IG  Fasha Sandha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..