” Makcik dengan anak buah sama-sama muda.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Bersama Anak Abangnya, Naszeli Ngasri, Penampilan Anne Ngasri Bersama Anak Saudaranya Itu Nampak Seperti Sebaya Sahaja. Alahai, Mak Saudara Comel Dan Anak Saudara Cantik !!

Pelakon yang mula mencipta nama sejak dari kecil lagi iaitu Datin Anne Ngasri tetap maintain comel seperti dahulu. Walaupun usia beliau sudah melebihi 30 tahun namun wajah dan penampilan tetap tidak banyak berubah sewaktu beliau kecil.

Anne dahulunya popular dengan drama Cil1 Padi kini bergelar Datin selepas mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Sumali Reduan. Umum juga mengetahui bahawa adik-beradik Anne yang lain juga turut melibatkan diri dalam dunia seni.

Menjenguk ke akaun Instagram, Anne telah berkongsi gambarnya bersama anak saudaranya, Inas Sofea. Inas merupakan anak kepada abang Anne iaitu Naszeli Ngasri. Jika ada yang masih ingat, Naszeli juga dahulunya pernah melibatkan diri dalam dunia lakonan.

Gambar tersebut mencur1 perhatian ramai kerana Anne dan Inas nampak seperti sebaya sahaja. Malah anak saudaranya itu juga akan mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Wah, nampaknya tidak lama lagi abang Anne akan menerima menantu pula.

Jom lihat perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen menyatakan wajah Anne tetap maintain muda seperti dahulu. Antara komen-komen mereka :

” Dah nk kawin inas.. igt lg dulu ms dia baby.. last jmpa pun dia kecik lg.. “

” Mokcik ngan anak buah sama2 muda.. “

” Akak, akak ni cantik sangat awet muda tau tak.. muka comel je.. dpd budak belakon smpai skrg muka comel je. suara pn comel.. kite minat la.. “

” Mak Cik nmpk muda gitu.. “

” Tetap comel mcm adik dgn kakak.. “

Jika dilihat kesemua adik-beradik Anne sebenarnya tidak makan dek usia. Lihat sahaja abang dan kakak Anne juga tetap tidak berubah dan masih seperti dahulu walaupun anak-anak sudah membesar. Semoga Anne terus bahagia bersama keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Anne Ngasri, Naszeli Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..