” Good job Isya, tak gelak walau apa pun dug4an yang mendatang.. “

Penampilan Artis Jemputan Sepahtu Reunion, Isyariana Yang Cantik Bak Agnes Monica. Wajah Cantik Lakonan Pun In Character Sungguh. Terbaik Isya !!

Bagi peminat rancangan komedi Sepahtu Reunion pastinya akan perasan kemunculan gadis cantik ini semalam. Sepahtu Reunion yang bersiaran setiap hari Jumaat menampilkan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Rahim dan Pak Ya sebagai aktor utama. Manakala bagi watak artis jemputan, wajah Isyariana dipertontonkan bagi episod semalam.

Isyariana atau nama sebenarnya Isyariana Che Azmi adalah anak kelahiran Temerloh Pahang dan dilahirkan pada 31 Oktober 1990. Wajah cantiknya itu persis seperti penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica. Bagi yang tidak mengetahui, Isya adalah salah seorang peserta rancangan hiburan Akademi Fantasia Musim 13.

Penyertaannya hanya mampu bertahan sehingga minggu kelima sebelum tersingk1r. Isya pernah menyertai kumpulan The Fabulous Cat sebagai penyanyi gantian. Beliau juga pernah terlibat semasa persembahan konsert Rossa di Pahang.

Menerusi akaun Instagram Isyariana, telah dikongsikan sekeping gambar beliau bersama semua artis yang terlibat dalam pementasan komedi Sepahtu Reunion malam tadi. Isya yang pertama kali berlakon tanpa skrip nyata membuat kej0tan dengan persembahannya yang hebat itu.

Jom baca perkongsian di bawah :

Rata-rata netizen memuji lakonan Isya yang padu ini. Antara komen-komen netizen :

” Best lah akak berlakon.. “

” Wahh Isya dalam sepahtu reunion.. “

” Jarang aku tengok tv dengan senyuman sampai habis.. “

” Antara tetamu jemputan yang best.. In character dan ada rasa untuk lakonan secara live. Semoga terus success.. “

” Uโ€™ve done a great job.. “

” Hubby saya pun puji dia punya lakonan tak ada gelak walaupun Ade lawak kt scene tu.. “

” Good job Isya, tak gelak walau apa pon dug4an yang mendatang.. “

Pandai sungguh Isya berlakon. Paling hebat bila mampu menahan gelak walaupun diuji lawak dan jenaka daripada Jep dan kawan-kawan lain. Jarang boleh tengok artis jemputan yang boleh menepis lawak Sepahtu ni. Terbaik Isya. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Isya semakin dikenali dan karier seni Isya akan bersinar dan menjadi penyanyi dan pelakon yang hebat nanti. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Isyariana by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK/ CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..