” Gigi depan abang yang satu kenapa ye ? ” – Netizen
Terima Pertanyaan Daripada Seorang Netizen, Tak Sangka Ini Respon Azhar Sulaiman !!
Azhar Sulaiman, bukanlah nama baru dalam dunia seni tanahair. Pelbagai filem dan drama lakonannya masih lagi diingati sehingga kini. Ramai yang mengetahui, Azhar kini sibuk dengan kerjaya hakikinya sebagai arkitek kediaman. Tidak hairanlah kediaman mereka sekeluarga juga sangat mewah dan lengkap.
Azhar juga dilihat aktif di media sosial. Selain menunjukkan kediaman-kedaiaman yang cantik, Azhar juga sering memuatnaik video dan gambar tentang aktiviti bersama isteri dan anaknya-anaknya. walaupun usianya kian meningkat, Azahar masih kelihatan muda dan segak seperti dahulu.
Umum mengetahui, Azhar telah berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin. Hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan tiga orang anak bernama Kasih Leia Ixora, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin. Ketiga-tiga anaknya sudah meningkat remaja.
Terbaru, menerusi laman Instagram, Azhar Sulaiman telah memuatnaik sebuah posting bergambar. Gambar tersebut adalah gambarnya dan isteri. Azhar memuatnaik gambar tersebut adalah sempena ulangtahun perkahwinannya bersama isteri untuk kali ke-25.
Apa yang menariknya, ucapanĀ yang diberikan oleh Azhar buat isterinya membuatkan netizen di luar sana merasa terhibur. Ucapan Azhar berbunyi ‘ Semoga suami you takde bini lain sampai mat1.. ‘ adalah ucapan sangat jarang diucapkan buat isteri. Alahai, semp0i je ucapan abang Azhar ni kan !!
Di bawah ini adalah perkongsian tersebut. Jom lihat !!
Perkongsian Azhar tersebut dihujani dengan ucapan ulangtahun perkahwinan daripada netizen. Mereka juga terhibur dengan ucapan Azhar buat isterinya itu. Jom lihat komen-komen di bawah ini :
” Ucapan mami, Happy Anniversary Mami & Wife, Semoga sentiasa dlm rahmat & barakah Allah swt.. “
” Baik punya ucapan, Hahahaha! Happy Anniversary to both of you! “
” Happy anniversary utk mami and wife, caption tu, macam cari pasal je.. “
” Hahahaha punca la wishes lagu tu, happy annvsary art leman.. “
” Patut la mami kena sumbat ikan ucapan tu mengundang sgt! Happy anniversary to both of u happy till jannah.. “
Namun begitu ada yang lebih menghiburkan apabila seorang netizen bertanyakan tentang gigi Azhar. Respon yang diberikan oleh Azhar sangat tidak disangka-sangka. Jom lihat screensh0t komen tersebut dan respon yang diberikan oleh Azhar di bawah ini. Korang jangan gelak kuat sangat tau !!
Memang sporting betul Azhar ni kan, semuanya semp0i, ucapan buat isterinya juga semp0i, respon buat peminatnya pun semp0i. Terbaiklah abang Azhar ni. Apa-apa pun kami di Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat ulangtahun perkahwinan buat Azhar dan isteri, semoga dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Azhar Sulaiman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..