” Ger4mnya dengan bibir tu.. “

Aksi Aafiyah Anak Dato’ Siti Nurhaliza Makan Roti Buat Netizen Ger4m. Mulut Tu Mengunyah Comel Sangat Aafiyah Anak Ibu !!!

Anak kepada penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza ini tidak perlu dikenalkan lagi. Diberi nama Siti Aafiyah Khalid, si kecil ini sememangnya menjadi permata hati buat seluruh keluarga terutamanya Tokti. Penantian selama 11 tahun, akhirnya segala usaha untuk mendapatkan zuriat berhasil.

Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac 2018 secara pembed4han di mana tarikh ini yang jatuhnya pada hari Isnin dipilih bersempena hari Maulidul Rasul pada tahun itu. Aafiyah yang bermaksud pelindungan Allah diilhamkan di tanah suci Mekah ketika Tokti mengerjakan umrah bersama suaminya.

Aafiyah membesar dengan sihat dan ceria sepanjang harinya. Walaupun Aafiyah tidak diwujudkan akaun sosialnya sendiri, namun perkongsian dari Tokti sendiri tentang perkembangan Aafiyah sering ditunggu-tunggu peminat. Setelah hampir berusia 2 tahun, Aafiyah dilihat anak  yang comel, aktif dan suka menyanyi.

Menerusi akaun Instagram ctsharina, telah dikongsikan satu sedutan video di mana kelihatan Aafiyah sedang menjamu selera dengan makan roti. Namun yang menjadi perhatian adalah aksi mulutnya mengunyah yang sungguh comel. Ger4m je tengok, terlajak comel !

Jom tonton video di bawah :

” Weekend Feeling from #aafiyahanakibu #aafiyahkhalid.. Igs @dayahzubit.. “

Rata-rata netizen terhibur melihat telatah Aafiyah itu. Antara komen-komen netizen :

” Ger4mnyee dengan bibir tu.. “

“Alo comey sangat.. “

” Use right hand Aafiyah.. “

Comel betul tengok cara Aafiyah mengunyah. Nampak sedap walaupun makanan itu cuma roti. Pandai pulak bila di suruh guna tangan kanan untuk makan. Kiut je! Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Aafiyah sentiasa dilindungi Allah dan membesar dengan sihatnya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG ctsharina, IG dato Siti Nurhaliza by Berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..