” Gelabah dia tak boleh bawa bincang betul.. “

Syukri Yahaya Game Anak, Call ‘Abang Polis’  Sebab Bagi R0sakkan Lampu.  Kesian Dengan Si Ameena. Muka Cuak Habis !!

Syukri Yahaya atau nama sebenarnya Mohd Syukri bin Yahaya merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi Jiwa Taik0.

Syukri Yahaya juga telah popular dengan beberapa drama bersiri iaitu seperti, Asam Pedas Untuk Dia, Dia Isteri Luar Biasa, Suami Tanpa Cinta, 7 Hari Mencintaiku dan Andainya Takdir. Sebelum bergiaat aktif dalam bidang lakonan, Syukri telah memiliki dua pengalaman kerja.

Pernah bekerja di sebuah bank sebagai kerani bahagian sumber manusia. Selain daripada itu, Syukri juga pernah bekerja sebagai juruaudit di syarikat kedai serbaneka di Kuala Lumpur. Pelakon kacak ni  merupakan anak kelima dari enam adik beradik dan berasal dari Kuala Lumpur.

Syukri telah mendirikan rumah tangga bersama Siti Nurfatihah pada 20 November 2015. Pasangan ini juga telah dikurniakan seorang anak perempuan yang bernama Aaira Ameena pada 24 ogos 2016. Siti Nurfatihah atau lebih dikenali sebagai ” Tya” merupakan seorang bekas pelakon.

Menerusi instagram milik Tya, beliau telah berkongsi satu video dimana pasangan ini serta anak mereka telah menginap di sebuah bilik hotel. Dalam video yang dirakam lebih empat minit itu, anak pasangan ini iaitu Ameena telah merosakkan lampu tidur bilik hotel tersebut.

Ikuti perkongsian video Tya dibawah :

” AMEENA CUAK KENAPA??..

View this post on Instagram

🤣🤣🤣

A post shared by Tya Adnan (@tyaadnan) on

Rata-rata peminat terhibur dengan video tersebut kerana Syukri menyakat anaknya. Antara komen-komen tersebut :

” Hahahahahaha lawak betul ameena.. “

” Nasib laaa ameenaaa, ayah awak hebat berlakon.. “

” Notty la Mummy dgn Ayah niiii tapi kelakar la tengok Ameena. Gelabah dia tak boleh bawak bincang betul.. “

” Yang mak pak dia pon nakai sungguh. Kesianlah si ameena. Muka dia betul betul jujur bersalah tu. Kesian nya dia. Comel pulak tu kata “ tak nakkk .. “

” Sape lah yg jd watak polis tu. Hahaha klakar lah @aairaameena ni.. “

” Kelakar tgk Ameena ad0ilah.. cuteness..”

Hehe.. Kelakar betul tengok video ni. Kesian Ameena, gelabah sebab tak0t sangat. Nasib kau la sayang, dapat ayah dengan ibu suka menyakat. Apa-apa pun kami dari Berita Kopak mendoakan semoga Ameena membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah buat kedua ibu bapa. Amin.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tya Adnan, Syukri Yahaya, by berita Kopak & Content Media

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..