Gambar Mira Filzah Bersama Tunangnya, Wan Emir Astar Buat Peminat Teruja

Part Yang Wan Emir Astar Pandang Mira Filzah Tu Sweet Sangat. Alahai Sama Cantik Sama Padan !!

Pelakon cantik molek, Mira Filzah bakal menjadi ratu sehari tidak lama lagi. Pelakon utama drama Bidadari Kiriman Tuhan ini dikhabarkan akan bernikah dengan pasangannya Wan Emir Astar Bin Wan Mohammad Khair-il Anuar ada bulan Oktober nanti.

Kita juga bakal menyaksikan Mira dalam program In Love with Mira yang mengisahkan perjalanan Mira Filzah mencari jawapan mengenai alam rumahtangga sebagai persediaannya untuk menjadi seorang isteri. Beberapa tetamu akan dijemput untuk temubual dan mendapatkan pandangan serta nasihat.

Untuk makluman, program ini akan ditayangkan di Astro Naura di saluran 109 dan juga Astri Ria / Ria HD bermula 7 September ini ham 9 malam. Apa yang menariknya, penampilan tunang Mira pastinya akan membuatkan peminat teruja.

Menerusi Instagram Story harajukuu.mf, telah dikongsikan gambar Mira dan Wan Emir ketika rakaman program itu. Gambar ini turut dikongsikan di Instagram Inai jari. Perkongsian ini meraih perhatian ramai dan memperolehi banyak tanda suka.

Ikuti perkongsian di bawah :

Alahai nampak sweet sangat, lebih-lebih lagi part yang Wan Emir pandang Mira tu. Memang pasangan yang sama cantik dan sama padan. Peminat-peminat men1nggalkan ikon love di ruangan komen sebagai tanda suka. Sama-sama kita nantikan tayangan program ini nanti ok.

Pastinya ramai yang tidak sabar menantikan saat Mira dan Wan Emir disatukan. Sama-sama kita doakan semoga urusan Mira dan Wan Emir untuk menuju ke gerbang perkahwinan akan dipermudahkan oleh Allah. Semoga pasangan ini dikurniakan rumahtangga yang sakinah, mawaddah warahmah.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inaijari, Harajukuu.mf, Mira Filzah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..