” Full of respect, tanda hormat pada wanita yang bergelar isteri.. ” – Netizen
Video Ketika Wan Emir Astar Menuju Ke Pelamin Bertemu Mira Filzah Untuk Upacara Batal Air Sembahyang Yang Mendebarkan. Gaya Dan Cara Emir Tunjukkan Rasa Sayang Pada Mira Tu Touching Sangat. Gentlemen Sungguh !!
Perkenalan yang bermula dari media sosial akh1rnya berakh1r di jinjang pelamin. Semalam 3 September 2020 menyaksikan penyatuan antara Mira Filzah bersama Wan Emir Astar. Hanya dengan sekali lafaz maka bertukarlah status Mira kepada seorang isteri.
Berbagai perkara menarik dapat dilihat ketika majlis ijabqabul Mira semalam. Bermula daripada dekorasi dewan bertemakan senibina Islam yang digelar Mihraj Chinta, diikuti busana Mira sendiri yang sopan dan ayu umpama gadis melayu terakh1r.
Ketika detik ijabqabul berlangsung, Mira yang cantik di atas pelamin bersama ibunya turut menitiskan air mata apabila akad yang dilakukan Emir sah diakui oleh para saksi. Seperti majlis lain, pasangan ini juga menjalankan majlis batal air sembahyang dan Mira menerima seutas rantai tangan sebagai mas kahwinnya.
Meninjau akaun Instagram Melet0p, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika Emir bersiap menuju ke atas pelamin untuk upacara batal air sembahyang selepas menunaikan solat sunat. Emir yang nampak tertib menundukkan kepalanya meminta izin untuk melangkah naik, alahai sweet sangat.
Jom tonton video di bawah :
Gerak geri Emir ini mendapat perhatian peminat dan kebanyakannya memuji sikapnya ini. Antara komen-komen mereka :
” Suka perjalanan majlis so sweet meletop tertib hebat tahniah mira filzah pelakon kesayangan.. “
” Kenapa ak rasa sweet sgt.. Nampak sgt dia love ter0k dgn mira filzah ni.. dia hormat mira sgt… mudahan dikurniakn zuriat yg soleh solehah ye dan bahagia sampai akhir hayat.. “
” Polite sgt dia nampak matang sangat… tu baru betul lelaki sejati haaa.. “
” Ya ampunnn hampa tgk la sopann amatt laki dia.. Emir tunduk tanda hormat bagi salam, sweet je.. “
” Full of respect, payah nak jumpa lelaki macam ni fuh, perfect.. Nampak sepadan mereka ni. moga kekal ke anak cucu.. “
” Ya Allah penuh adab sopan penuh tertib. semoga mahligai yg dibina kekal hingga ke jannah Amin yrb.. “
” Macam nak jumpa bidadari syurga dengan Islamic song.. “
” Majlis yg sgt harmoni, penuh alunan ayatul quran, tertib dan perfect !!! Tanda hormat pd wanita yg bergelar isteri dan bakal ibu contoh yg baik.. “
Bukan hanya Mira yang berdebar, malahan penonton di rumah turut sama merasai debarannya itu. Penghormatan daripada seorang suami untuk isterinya yang boleh dijadikan contoh. Apa pun, syukur semuanya sudahpun selesai. Semoga majlis resepsi Mira yang bakal menyusul malam nanti turut dipermudahkan dan berjalan lancar.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Melet0p, IG Mira Filzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..