” Cantiknya pelamin malam ini. Lawa sangat.. ” – Inai Jari

Video Persiapan Majlis Persandingan Mira Filzah Dan Wan Emir Astar Yang Begitu Indah Dan Gemilang. Wah, Cantik Sangat Pelamin Dan Tema Warnanya !!

Semalam telah berlangsungnya majlis pernikahan pelakon Mira Filzah bersama jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar yang merupakan seorang arkitek dan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid.

Dengan sekali lafaz, Mira atau nama penuhnya Nur Amirah Filzah binti Badioezaman telah sah menjadi suri hati kepada Emir. Mira telah dinikahkan oleh bapanya sendiri, Encik Badioezaman pada majlis yang berlangsung di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara.

Pada malam ini, akan berlangsung pula majlis persandingan buat pasangan mempelai ini. Pasangan ini memilih  khidmat perunding perkahwinan Rekateemor untuk majlis persandingan pada malam ini sama seperti untuk majlis pernikahan mereka semalam.

Menerusi satu akaun Instagram, satu video telah dikongsikan buat tatapan para peminat Mira. Video ini diambil daripada Instastory Rekateemor memaparkan persiapan majlis persandingan untuk malam ini. Pastinya ramai berasa teruja dan tidak sabar untuk menyaksikannya.

Jom tonton video di bawah :

( Klik butang KANAN > untuk menonton video-video seterusnya.. )

Rata-rata netizen berasa tidak sabar dan memuji keindahan pelamin dan majlis yang akan berlangsung pada malam ini. Antara komen-komen mereka :

” Cantek g1ler .. Lama dh mira duk like2 post kt rekateemor.. “

” Okayyy looking forward for this. This have to be 100x more beautiful than semalan! Hhaa.. “

” Cantik sangat..”

Wah, sememangnya cantik dekorasi dan hiasan yang disediakan untuk majlis pada malam ini. Tv3 turut menyiarkan majlis persandingan Mira dan Emir pada malam ini di rancangan hiburan MBuzz pada jam 9 malam. Pastinya ramai tidak sabar kan !!

Silakan SHARE..

Sumber : IG Inai Jari, RekaTeemor

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..