” Fokus kat papa, berisi betul. Pandai Kak Lina jaga ye.. ” – Netizen

Video Sekitar Majlis Graduasi Anak Elly Mazlein, Putri Sara Sefhia Raih Perhatian Peminat. Alahai Manja Sungguh Sefhia Dengan Papa Azlan. Papa Pun Nampak Makin Berisi Jer, Senang Hati Ni !!

Meninjau ke akaun Instagram Elly Mazlein, perkongsian dua buah video ketika majlis graduasi tadika anak Elly iaitu Putri Sara Sefhia telah meraih perhatian ramai. Sebagai seorang ibu pastinya berasa teruja walaupun hanya sekadar majlis graduasi tadika.

Begitu juga Elly yang turut meluahkan rasa gembiranya apabila melihat Sefhia menamatkan pelajarannya untuk tahun 2022. Majlis yang diadakan di Cyberjaya ini dilihat sangat meriah dan pastinya membuatkan ibu bapa gembira melihat persembahan anak-anak mereka.

Dapat dilihat juga Sefhia sangat rapat dengan bapanya di mana dari awal sampai ke majlis tersebut lagi Sefhia berpimpin tangan dengan bapanya. Segala urusan pendaftaran Sefhia diuruskan oleh bapanya.

Selain itu, apa yang mencur1 perhatian netizen ialah penampilan suami Elly ini iaitu Cikgu Azlan yang nampak semakin berisi. Maklumlah jika badan makin berisi ini orang kata senang hati dan kehidupan yang sangat bahagia.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada Sefhia. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :

” Conrats manja.. Manja nya mama ngan papa.. sukee tgkk… papa i love u hahaha.. Meriahkan graduation cic .. Focus kat papa kak lina, berisi betui comeiiii kakak.. “

” Exclusive convo manja kak kepom.. zaman kita convo kt dewan serbaguna tak muat dok bawah kemah tiang 4 atas jalur2.. K.lina bertmbh slim Cikgu bertmbh sihat pandai k.lina jaga ye.. “

” Tahniah.. anak papa sungguh ye manja.. tahniah manja.. Kepom terrrpaling happy tgk manja ke papa….. Maju ke hadapan nampak tu.. “

” Tahniah utk kak kepom… Npk sihat papa ye.. MasyaAllah TabaraakaAllah…such a good girl clever yet humble. Anak solehah iamellymazlein & papa… “

” Eiii sama la anak saya hari sabtu 5/11 tempat yg sama dgn kak lina.. Tahniah, sama tmpt dgn ank normanmemey.. “

” Convo sekolah tadika anak saya host dia nabil ahmad buat kat marriot putrajaya next year march 2023.. bukan kaleng2 convo budak tadika skrg.. “

” Comey kak lina pom2 haritu. Nyway anak sis pun convo sama jugak dgn anak kak lina.. Bertuah manja dapat daddy yang sangat baik. Happy for you manja n Kak lina Pom2.. “

Tahniah diucapkan kepada Putri Sara Sefhia kerana berjaya menamatkan pelajaran untuk sesi 2022. Semoga Sefhia terus cemerlang lagi pada tahun hadapan dan menjadi anak yang membanggakan kedua ibubapa.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..