” First time mummy buat dalam rumah, kecil-kecil sahaja.. ” – Memey Suhaiza
Memey Suhaiza Kongsi Sambutan Majlis Hari Lahir Anaknya Mikayla. Walaupun Sederhana Tapi Tetap Meriah. Alahai Comelnya Mikayla, Macam Princess. Seronoknya Tengok Family Ni !!
Ramai sungguh yang menyambut hari lahir dalam beberapa hari ini ye. Berbagai-bagai jenis tema dipilih bagi sesuatu majlis hari lahir bagi memberi kemeriahan dan kegembiraan kepada anak-anak. Kebiasaannya tema dipilih adalah berdasarkan minat dan pilihan anak-anak.
Seperti selebriti lain, pasangan suami isteri Memey Suhaiza dan Norman Hakim juga membuat majlis hari lahir buat anaknya yang bernama Mikayla Delisha Hakim yang sudah pun menganjak ke umur 2 tahun pada hari ini iaitu 12 Julai 2020. Pejam celik, pejam celik rupanya sudah 2 tahun usia Mikayla ye.
Majlis hari lahir Mikayla ini turut dikongsikan oleh Memey Suhaiza menerusi laman Instagram miliknya. Memey memuat naik posting bergambar dan juga video di sepanjang majlis hari lahir anaknya itu. Menurut Memey, beliau hanya melakukan majlis itu secara bersederhana sahaja dan dihadiri oleh saudara terdekat sahaja.
Tambah Memey Suhaiza lagi, majlis tersebut hanya dibuat di dalam rumahnya sahaja. Walaupun begitu, Memey sebaik mungkin menghiasi backdrop hari lahir anaknya itu sendiri. Katanya lagi, walaupun hanya di kediaman mereka sahaja, beliau juga ingin menampakkan majlis itu juga meriah.
Di bawah ini ada tiga posting yang kami kongsikan buat anda sempena sanbutan hari lahir Mikayla.
Ini adalah posting bergambar yang dikongsikan oleh Memey.
(KLIK butang KANAN > untuk melihat gambar yang seterusnya.. )
Ini pula posting terbaru yang dimuat naik oleh Memey Suhaiza di laman Instagram miliknya. Jom tonton!!
Perkongsian majlis hari lahir Mikayla ini dihujani dengan ucapan dan titipan doa buat si cilik itu. Ini antara komen-komen yang kami kongsikan :
” Happy birthday anak bertuah Mikayla, semoga menjadi anak yang baik dan solehah.. “
” Selamat ulang tahun Mikayla semoga menjadi anak solehah berjaya dunia akhirat Aamiin.. “
” Happy birthday Mikayla sayang,aunty doakan Mikayla jd anak yg solehah, berjaya dunia akhirat.. “
” Selamat Ulang Tahun Yg Ke- 2 sayang Mikayla delisha hakim. Auntie doakan semoga Mikayla sentiasa sihat dan comel selalu ye.. “
Di bawah ini juga kami di Berita Kopak ingin kongsikan dengan anda beberapa gambar sekitar majlis Mikayla. Let’s Check it out !!
Alahai comelnya Mikayla ni, macam princess..
Mikayla bersama abang-abang tersayang..
Mikayla, cepat potong kek ni !!
Mikayla bersama keluarga tersayang.
Wow cantik kan dekorasi hari lahir Mikayla ni !!
Wah, seronoknya Mikayla ye. Walaupun bersederhana sahaja, namun majlis tetap meriah kerana Memey Suhaiza dan Norman Hakim mempunyai keluarga yang besar. Bertemakan warna pink membuatkan majlis lebih ceria dan sangat sesuai dengan Mikayla yang menjadi seperti princess pada hari ini.
Kami di Berita Kopak juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari lahir buat Mikayla. Didoakan semoga Mikayla membesar dengan sihat dan dimurahkan rezeki selalu oleh Allah serta menjadi penyejuk hati ibu dan ayah. Happy Bornday Mikayla Sayang !!
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Memey Suhaiza
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..