” First time menang1s sebab pernikahan orang.. ” – Netizen
Maryam You Narae Kongsi Video Pernikahannya Bersama Suami Buat Netizen Tersentuh. Part Maryam Ternampak Pelangi Di Langit Tu Pulak Memang Tak Tahu Nak Menang1s Ke Nak Ketawa. Aduhai Maryam So Cute And Touching !!
Sebut sahaja tag line ‘ lapare nak mamp0s’ pasti ramai yang teringatkan seorang wanita yang berasal dari Korea Selatan ini. Maryam You Narae merupakan seorang fisi0terapi di sebuah hospital di Bandar Ansan, Korea. Beliau telah memelok agama Islam dan memilih jejaka dari Malaysia bernama Nik Muhammad Ryzal sebagai suami.
Hubungan pasangan ini direstui kedua bel4h keluarga masing-masing walaupun mereka berlainan agama dan sosio-budaya. Maryam sangat berminat untuk belajar dan mendalami budaya Melayu dan agama Islam. Beliau juga rajin mempelajari bahasa Melayu dan seringkali cuba berinteraksi dalam bahasa Melayu.
Gelagat suami isteri ini sangat mencuit hati. Maryam yang bercakap pelat dalam bahasa Melayu sangat comel didengari. Suaminya Ryzal seringkali perkenakan dan mengusik Maryam dengan menyatakan maksud yang salah. Kadangkala Maryam akan membebel dalam bahasa Korea kerana mar4h atas usikan itu.
Menerusi perkongsian terbaharu Maryam di laman Instagram miliknya, sebuah video telah dimuatnaik. Video tersebut adalah video majlis pernikahan beliau bersama suami Ryzal Ibrahim pada 15 Ogos 2019. Pernikahan tersebut berlangsung di masjid Itaewon, Korea Selatan.
Apa yang ingin dikongsikan Maryam dalam video tersebut bukanlah mengenai majlis pernikahannya sahaja malah beliau ingin kongsikan juga momen-momen indah saat adanya pelangi nan indah di langit. Kelihatan beliau begitu gembira dengan kehadiran pelangi itu.
Jom lihat video pernikahan dan gelagat Maryam dalam video di bawah ini.
Ini pula adalah posting Maryam sebelum ini mengenai pelangi. Nampak kan ada pelangi di langit tu !!
Perkongsian Maryam ini telah dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat beliau dan suami. Mereka juga meluahkan rasa sed1h selepas menonton video tersebut :
” First time menang1s sebab pernikahan orang.. “
” Alhamdulillah maryam , longlast and till jannah.. “
” Alhamdulillah, beautiful day for a beautiful event. That is life right? There will be rewards and happiness waiting after all the hardships.. “
” How you are so grateful for that blessed day really touched me. May you & your husband always be blessed in this life journey of yours.. “
” So cuteeee i’m cryinggg may Allah bless you both until Jannah.. “
Alhamdulillah, sesuatu yang indah perlu dikongsikan kerana akan menjadi memori indah suatu masa nanti. Tahniah Maryam dan Ryzal. Kami di Berita Kopak mendoakan kamu berdua dikurniakan kebahagiaan hingga ke syurga dan berada dalam rahmat Allah selalu. Amin..
Terima kasih kepada pembaca Berita Kopak.
Silakan SHARE.
Sumber : IG Maryam You Narae, Ryzal Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK / CONTENT MEDIA. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..